VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 21/03/2012

'Rakyat Kelantan teraniaya'

KUALA LUMPUR 20 Mac - Tindakan kerajaan Pas Kelantan memajak tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan bumiputera dari luar Kelantan sehingga menganaktirikan penduduk tempatan yang rata-ratanya miskin adalah satu perbuatan zalim.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana ramai rakyat teraniaya dengan tindakan kerajaan negeri itu yang dilihat ghairah mengejar pembangunan walaupun tanpa perancangan teliti.

Sambil mengakui wujud aktiviti memajak tanah rizab Melayu oleh kerajaan Pas Kelantan atas dasar pembangunan untuk tempoh yang lama, beliau berkata, rakyat negeri itu perlu sedar bahawa mereka telah tertipu sejak sekian lama.

"Isu tanah rizab Melayu ini adalah perkara sensitif dan ia perlu diurus dengan teliti. Kita tidak mahu tanah-tanah rizab Melayu di Kelantan dibangunkan dengan sesuka hati tanpa perancangan sehingga akhirnya orang Melayu sendiri yang rugi,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mustapa turut memberikan contoh dalam kes tanah-tanah di Gua Musang yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera dari luar Kelantan sehingga penduduk miskin yang sekian lama meneroka teraniaya.

Sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang zalim, katanya, ia juga menjadi sebab mengapa kerajaan Pas Kelantan tidak berani mendedahkan kepada umum mengenai Ladang Rakyat termasuk konsep perniagaan, peserta dan syarikat yang terlibat.

Menurut beliau, sebagai parti yang mahu menubuhkan negara kebajikan, kerajaan Pas Kelantan sepatutnya mengutamakan penduduk kampung yang telah sekian lama meneroka bukannya syarikat bukan bumiputera.

Ini kerana tambahnya, ramai di kalangan penduduk teraniaya itu telah menjelaskan bayaran premium tanah dan tanaman seperti getah yang diusahakan mereka demi menyara hidup dimusnahkan begitu sahaja.

"Bagi kami (UMNO Kelantan), isu tanah adalah antara fokus utama yang akan diselesaikan jika diberi kepercayaan oleh rakyat dan pendirian kita dalam isu seperti Ladang Rakyat ini, penduduk yang akan diberi keutamaan.

"Atas sebab itu saya minta rakyat Kelantan buka mata dalam isu ini, Pas walaupun menggunakan imej Islam tetapi tiada ketelusan dalam pentadbiran mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.