ARKIB : 20/03/2012
KPFSPB muncul koperasi berjaya

KAMPUNG GAJAH 19 Mac - Pada awal penubuhannya pada tahun 1986, tidak ramai yakin Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad (KPFSPB) akan mampu berkembang pesat seperti hari ini.
Dengan keahlian hanya 300 orang ketika itu, KPFSPB mengadakan perniagaan pasar mini secara kecil-kecilan selain melaksanakan projek-projek perparitan dengan modal sekitar RM10,000.
Berbekalkan disiplin perniagaan serta strategi pemasaran yang kreatif, KPFSPB kini muncul sebagai antara koperasi paling berjaya di negara ini dengan nilai urus niaga mencecah RM19 juta yang dicatatkan pada 2010.
Antara resepi kejayaan KPFSPB pada awal penubuhannya adalah keberanian koperasi itu meneroka bidang-bidang baru seperti membuka stesen minyak pada tahun 1988 selain menjadi pengedar input pertanian pada awal tahun 1990-an.
Dengan motto 'Cekap Berkualiti Dan Menguntungkan', KPFSPB sehingga kini sudah menceburi 20 cabang perniagaan dan perkhidmatan termasuk sektor peruncitan, pertanian, hartanah, pemasaran, perladangan, pengangkutan dan pelaburan.
Pengurus Besar KPFSPB, Mior Shahrin Mior Mohd. Yusop berkata, bidang peruncitan yang menjadi antara sumber kekuatan KPFSPB sejak awal penubuhannya 25 tahun lalu terus terserlah dengan pembukaan pasar mini COOP-Mart di bawah program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
"KPFSPB boleh berbangga apabila berjaya mewujudkan pusat perkhidmatan di atas tanah seluas dua hektar di Kampung Gajah, Seberang Perak yang menempatkan premis-premisnya termasuk COOP-Mart, stesen minyak, bengkel kereta, premis mengedar input pertanian dan pejabat.
"Dengan bimbingan Felcra Berhad dan SKM, KPFSPB berjaya muncul sebagai antara koperasi paling berjaya dengan kemampuan memberi dividen tahunan secara tetap antara 10 hingga 15 peratus kepada ahli-ahlinya selain memberi kredit runcit kepada masyarakat setempat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Mior Shahrin berkata, melalui program Tukar, ahli-ahli KPFSPB mendapat pelbagai manfaat daripada perkhidmatan COOP.
Kad COOP adalah perkhidmatan kredit yang membolehkan ahli-ahli KPFSPB yang kini mencecah 1,800 orang, mendapat diskaun istimewa setiap kali membeli pelbagai barangan keperluan yang dijual di COOP-Mart.
"Kad COOP ini memberi keistimewaan kepada ahli-ahli kita termasuk diskaun sehingga 40 peratus terhadap pembelian di COOP-Mart kecuali barangan yang dikawal kerajaan," jelasnya.
Tidak seperti kebanyakan koperasi, ahli-ahli KPFSPB yang menjadi pemegang Kad COOP layak mendapat semua keistimewaan tersebut secara seumur hidup selagi mereka menjadi ahli koperasi.
Mengenai perancangan masa depan, Mior Shahrin berkata, pihaknya berhasrat meneroka lebih banyak bidang berpotensi selain meluaskan rangkaian COOP-Mart di seluruh Perak.
"Pada masa sama, kami berhasrat untuk menjadi pengedar atau pemborong barangan runcit kepada pasar-pasar mini seperti COOP-Mart yang dibangunkan selepas ini," tambahnya.
Maklumat bocor jejaskan nelayan
Sukan bendang erat perpaduan
SAR, sekolah pondok diperkasa
Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis
Lapor kepada Cake jika harga barang naik
Enam rekod diperbaharui
Kerja sebagai satu pasukan - MB
43 ditahan dalam Ops 6P di Tasek Gelugor, Bertam
35 anggota IPK Perak naik pangkat sarjan
Jurutera jadi penternak rusa
MBI sedia 1,204 petak bazar Ramadan
Perkukuh perpaduan majukan Kedah
Raja Muda Perlis mahu rakyat 'celik' media
Projek 'misteri' Bukit Gambir
Pasar tani wajah baharu
Tingkat mutu perkhidmatan
Karnival Kahwin-Kahwin, Pesta Makanan Tradisional Negeri Kedah 2013 kembali
Pejalan kaki penyumbang ketiga tertinggi kematian
Sokongan rakan bakar semangat guru OKU
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









