VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 18/03/2012

Hamil 8 minggu

KUALA LUMPUR 17 Mac - Keluarga wanita hamil yang dipercayai dibunuh suami sendiri di Sungai Besi di sini, semalam, yakin mangsa menghadapi masalah rumah tangga sejak berkahwin dengan suspek setahun lalu, namun tidak pernah berkongsi perkara itu dengan mereka.

Keluarga Suzila Sabtu, 27, mengesyaki mangsa memendam masalah rumah tangga selepas dilihat menunjukkan perubahan daripada seorang yang ceria kepada pendiam.

Adik mangsa, Mohd. Azzumar Sabtu, 24, berkata, selain dikejutkan dengan berita kematian Suzila, keluarganya juga terkejut apabila dimaklumkan mangsa hamil lapan minggu.

"Sebelum kahwin, Suzila ceria, tapi lepas berkahwin dia tidak banyak bercakap dan jadi pendiam. Apa-apa masalah dalam rumah tangga dia tak pernah maklumkan kepada kami termasuklah dia telah hamil.

"Kami pula tidak dapat nak hidu apa-apa masalah, sebab mereka baru berkahwin dan masih dalam proses untuk mengenali," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Suzila ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan beberapa kesan tikaman di bahagian badan di rumahnya di Flat Seri Permai yang dipercayai dilakukan oleh suaminya.

Mohd. Azzumar memberitahu, Suzila pulang ke kampung di Taman Kerubung Jaya, Melaka dua minggu lalu untuk menziarahi keluarga, namun tidak memberitahu sebarang masalah.

Katanya, jenazah Suzila akan dibawa pulang ke Melaka untuk pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata, hasil bedah siasatan mendapati Suzila meninggal dunia akibat tikaman di dada.

"Bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di badan dan dada serta kesan luka di tangan, dipercayai semasa mangsa hendak mempertahankan diri.

"Mangsa disahkan hamil lapan minggu, manakala motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, suspek yang ditahan sejurus selepas kejadian direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.