VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 16/03/2012

Nik Abdul Aziz selar pihak dakwa Kelantan negeri termiskin

16/03/2012 3:19pm

KOTA BHARU 16 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pihak yang mendakwa Kelantan sebagai negeri termiskin di negara ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sindiran sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana Kelantan adalah salah sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia dan sepatutnya dilayan serupa dengan negeri-negeri lain.

"Kalau kita berkereta dari sempadan Terengganu masuk ke Bukit Yong, Pasir Puteh kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua negeri.

"Sedangkan duit yang dibelanjakan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan adalah milik rakyat dan bukannya milik 'mak bapak' mereka.

"Sebab itu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan (royalti minyak) yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesen pun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti," ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri di sini hari ini. - Utusan

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.