VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Ogos 2014 / 28 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 15/03/2012

Harga bot Melaka River Cruise naik

MELAKA 14 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) membuat penyelarasan harga baru tiket bot Melaka River Cruise sebanyak 50 peratus bagi dewasa dan kanak-kanak berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharom Majid berkata, harga baru yang ditetapkan bagi dewasa ialah RM20 berbanding RM10 sebelum ini manakala bagi kanak-kanak pula dari RM5 dinaikkan kepada RM10.

''Namun begitu bagi setiap pengunjung atau ejen pelancongan yang ingin mendapat potongan harga sebanyak 50 peratus, hanya perlu menunjukkan MyKad dan MyKid semasa membeli tiket di kaunter," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi pengunjung yang menaiki bot VIP bersama artis dari Jumaat hingga Ahad katanya, harga tiket yang ditetapkan adalah RM30 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.

Beliau berkata, jika mereka menunjukkan MyKad dan MyKid, harga tiket potongan yang diberikan ialah RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.