VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 11/03/2012

Fatin Afeefa diaibkan kawan sendiri

ISU kejutan budaya di kalangan artis remaja bukan satu perkara baru di tanah air kerana ia turut berlaku di negara luar. Macam-macam jenis kejutan budaya di alami artis muda sekarang seperti merokok, bersosial, berpakaian seksi, bertindik, menjalinkan hubungan sejenis, bertatu, ketagih dadah atau minuman keras.

Sebagai individu yang pemikirannya belum matang, sudah pasti naluri ingin cuba sering memuncak tambahan punya duit simpanan hasil pendapatan dari berlakon dipegang sendiri.

Apa sahaja keperluan diri pasti dituruti mengikut kehendak hati, tanpa memikirkan akibat jangka panjang. Pertimbangan waras diketepikan asalkan diri tidak dikata kolot oleh kawan-kawan sebaya.

Situasi itu dialami oleh pelakon Nur Afeefa Shamsudin, 18, yang pernah membintangi filem Tentang Bulan dan Brainscan: Aku dan Topi Ajaib terbitan Metrowealth Movies Production.

Limpahan populariti yang diterima sejak mula mengenali dunia glamor 11 tahun lalu menyebabkan dia hanyut dan bersosial selepas bergaul dengan rakan sebaya.

“Kesilapan besar saya masa umur 16 tahun bila saya terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan sekolah. Apa yang mereka buat, kami bersepakat nak buat. Macam tindik lidah, saya ikutkan mereka, kalau tak ikut, nanti saya dicop tak sekepala.

“Tapi saya tersedar bila ada di kalangan rakan-rakan baik saya itu mendajal saya, tikam dari belakang. Dia sebarkan gambar sosial dan memburukkan-burukkan saya walaupun sampai sekarang, saya tak percaya itu perbuatan dia,” kesal Fatin Afeefa pada pertemuan Rabu lalu.

Adakah anak kelahiran Klang, Selangor ini menyalahkan rakan terdekat yang menelanjangkan perbuatan buruknya sedangkan itu semua berlaku atas kerelaan Fatin Afeefa sendiri?

“Saya tidak salahkan sesiapa, dan saya bukanlah baik sangat. Apa yang berlaku pada saya hari ini adalah balasan perbuatan lampau. Saya leka dengan keseronokan dunia dan abaikan pesanan Mama (Rosmawati Ahmad) yang bertungkus lumus cari nafkah.

“Bila kebenaran terbentang di depan mata, baru saya tersedar. Saya harap semua orang beri peluang kedua pada saya,” janjinya.

Tagih janji David

Dalam pada itu, anak kedua daripada tiga beradik ini juga menyatakan rasa kesal apabila perjanjian di bawah pengurusan artis Metrowealth turut terjejas dengan penyebaran gambar sosialnya itu.

Fatin Afeefa didakwa terpinggir apabila penerbit syarikat itu, David Teo enggan mengotakan janji untuk menawarkan dia sebarang watak filem biarpun hitam putih dibuat sejak Oktober tahun lalu.

“Saya memang harap ada tawaran filem mendatang dari mana-mana syarikat produksi tapi tak ada sampai ke hari ini. Saya kena kerja, tak boleh nak harap duit Mama. Sekarang ini pun, saya jual barangan wanita di Uptown Puchong secara kecil-kecilan. Saya tak tagih simpati cuma minta keadilan,” sesal pemegang watak Nadia dalam drama Klik di Astro Ceria ini.

Adakah pelakon yang punya arah campuran India Seylon dan Bugis ini merasa terpinggir atas apa yang berlaku, Nur Afeefa dilihat termenung panjang sebelum berkata: “Asalkan saya tak campur masalah peribadi dengan kerja, itu sudah baik.”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.