VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 10/03/2012

Syabas nafi empangan pecah punca banjir

10/03/2012 4:02pm

KUALA LUMPUR 10 Mac – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bencana banjir di sekitar ibu negara dan pinggir bandar pada Rabu lalu berpunca daripada empangan pecah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan alasan semata-mata untuk menuding jari kepada Syabas atas bencana yang berlaku.

Beliau berkata, hujan yang luar biasa menyebabkan satu daripada kawasan yang terjejas teruk iaitu Lembah Jaya Ampang tidak mampu menampung takungan air, sekali gus menjadikan paras sungai meningkat dan melimpah.

“Saya minta kepada sesetengah pihak agar tidak menuding jari kepada Syabas atas bencana yang berlaku kerana ia bukan berpunca daripada empangan pecah, malah tiada empangan di daerah Ampang.

“Syabas sentiasa berusaha untuk membekalkan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat sekeliling dan kami akan meneruskan usaha itu,” katanya selepas menyertai aktiviti Gotong-Royong Perdana bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Lembah Jaya Ampang, di sini hari ini. -UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.