VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 September 2014 / 5 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
PELANCONGAN

ARKIB : 10/03/2012

Mudah dapat makanan halal di Taiwan


Menara Taipei yang terletak di Xinyi merupakan mercu tanda bagi Taiwan dan ia pernah dinobatkan sebagai menara tertinggi di dunia pada 2004.


DI negara kepulauan itu, anda tidak perlu bimbang jika berdepan situasi perut 'berbunyi' kerana di mana-mana sahaja terdapat restoran, kedai mahu pun gerai makanan yang beroperasi sehingga larut malam.

Penulis yang mengikuti rombongan anjuran Biro Pelancongan Taiwan awal Februari lalu dibawa mengunjungi beberapa wilayah di Taiwan iaitu bandar raya utama Taipei, Taichung, Changhua dan Taoyuan.

Kesempatan menikmati juadah terkenal Taiwan sudah tentu tidak dilepaskan, dengan tumpuan penulis terarah kepada kepelbagaian masakan yang dijual di pasar-pasar malam.

Pasar malam adalah perniagaan yang menjadi satu kemestian di setiap wilayah iaitu dari skala kecil sehingga besar dengan kesemuanya beroperasi setiap malam.

Memandangkan hampir setiap pasar malam serupa konsepnya, penulis hanya akan berkongsi serba ringkas mengenai salah satunya iaitu antara yang paling terkenal dan kini telah berkembang francaisnya di Malaysia iaitu 'Pasar Malam Shilin' yang terletak di daerah Shilin di Taipei.

Antara makanan yang wajib dinikmati termasuk 'stik ayam goreng XXL' (sangat, sangat besar!), tiram goreng (bersalut telur dadar), tauhu 'busuk' dan kunjungan anda ke pasar malam tidak lengkap tanpa menghilangkan haus menyedut segelas teh susu mutiara (Pearl Milk Tea).

Harga makanan yang berpatutan iaitu antara NT$20 (RM2) hingga NT$100 (RM10) membuatkan sesiapa saja mahu terus makan dan minum sehingga 'tangki' penuh.

Malangnya, pasar malam mungkin tidak sesuai dikunjungi pelancong beragama Islam kerana tidak dapat dipastikan status halalnya.

Namun, itu tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada orang Islam untuk mengunjungi Taiwan kerana di negara itu turut wujud restoran dan tempat makan yang dikendalikan oleh orang Islam.

Untuk kemudahan pelancong Islam, buku panduan berjudul 'Melancong di Taiwan untuk Muslim' turut menyenaraikan sebilangan restoran yang memiliki sijil pengiktirafan halal.

Justeru, orang Islam tidak perlu risau mengenai kesukaran mencari tempat makan di negara itu.

Salah satu yang mesti dicuba adalah Restoran Mi Daging Lembu Ai-Jia Qingzhen di Seksyen 4 Chunghsiao E. Road di Taipei.

Taipei sememangnya terkenal dengan mi daging lembu dan dikenali sebagai 'ibu negara dunia' bagi hidangan itu.

Restoran yang dikendali seorang warga emas tempatan berusia 80-an bernama Yusuf Ai bersama keluarganya adalah antara restoran yang menghidangkan mi daging paling berkualiti dan enak. Ia pernah dinobatkan sebagai antara 10 kedai mi daging terbaik di Taipei.

Mana tidaknya, restoran yang usianya sudah 50 tahun itu menjadi tempat kegemaran bukan sahaja orang Islam untuk menikmati mi tersebut, malah turut menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.

Rupa-rupanya, Yusuf dan restorannya itu pernah muncul dalam program pelancongan Rasa Halal Orient yang pernah disiarkan di saluran Astro Oasis dua tahun lalu.

Setiap pengusaha restoran makanan berjaya pastinya memiliki resipi tersendiri dan apa yang menjadikan masakan Yusuf istimewa adalah kombinasi kelembutan daging dan tekstur mi yang licin.

Restoran tersebut berkemungkinan besar satu-satunya pengusaha makanan halal berkonsepkan masakan ala tempatan kerana yang lainnya lebih menjurus kepada masakan ala Thai, India, Pakistan dan Turki.

Sebagai contoh, anda boleh memilih 'Ali Baba Indian Kitchen', 'Aaleja Pakistani' & Indian dan 'Sarena Indian & Pakistani Halal Restaurant' jika selera pada hari tersebut adalah untuk menikmati makanan Pakistan-India seperti beriani, roti nan, tandoori serta kari kambing dan ayam.

Tiga restoran berkenaan dilabel sebagai yang terbaik boleh diperolehi di sekitar bandar raya Taipei.

Jika tidak berkenan dengan kari, tidak mengapa. Sejumlah restoran halal masakan Thailand boleh didapati di Taiwan antaranya 'Tai Huang Restaurant', 'Tai Xiang Yun Restaurant', 'Thai Food House', dan 'Yuntai Muslim Food'.

Menurut Ketua Pengarah Biro Pelancongan Taiwan, Janice Seh-Jen Lai, Taiwan adalah tempat tinggal kepada kira-kira 170,000 orang Islam atau kira-kira 0.3 peratus daripada sejumlah 23 juta penduduk negara itu.

Terdapat enam masjid kesemuanya di seluruh Taiwan iaitu Masjid Besar Taipei, Masjid Kebudayaan Taipei, Masjid Tainan, Masjid Taichung, Masjid Longgang dan Masjid Kaoshiung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:08
Isyak 8:17


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.