VERSI : Mobile | Akhbar Digital
15 September 2014 / 20 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 06/03/2012

Kedah tubuh makmal tisu kultur

KULIM 5 Mac - Anak syarikat Kerajaan Kedah, Kedah BioRecources Corporation Sdn. Bhd. (KBioCorp) menubuhkan makmal untuk mengeluarkan pelbagai benih tanaman menggunakan tisu kultur di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, makmal itu akan mempunyai keupayaan mengeluarkan 50,000 benih tisu kultur sebulan apabila siap menjelang Ogos ini.

"Antara benih secara kultur yang akan dihasilkan nanti adalah pisang, nanas dan herba seperti kacip fatimah serta tongkat ali.

"Kita mengharapkan pusat pembiakan kultur tisu yang serba lengkap ini akan dapat membantu menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian seperti Belanda," katanya ketika merasmikan makmal tersebut di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran, Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul.

Hadir sama, Pengerusi KHTP, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Kedah BioResources KBioCorp) Sdn. Bhd., Aminuddin Shuib dan ahli Lembaga Pengarah Makmal dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Zhari Ismail.

Azizan berkata, makmal itu ditubuhkan atas geran projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan mendapat kerjasama kepakaran dari USM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta agensi lain.

Sementara itu, Amiruddin memberitahu, benih-benih tisu kultur tersebut dijangka mampu memberi faedah kepada peladang di seluruh kawasan utara terutama peladang kecil dan sederhana untuk mendapatkan benih bermutu tinggi pada harga yang lebih rendah.

Katanya, keluaran KBioCorp itu juga akan dijual kepada peladang di seluruh negara selain untuk memenuhi pasaran eksport produk pertanian pada masa depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.