VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 05/03/2012

Paip air 550 kilometer dipasang di kawasan pedalaman

KOTA BHARU 4 Mac - Kerajaan Pas Kelantan melalui syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memasang paip sepanjang 550 kilometer di kawasan pedalaman bermula tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, pemasangan paip tersebut adalah untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negeri.

Beliau berkata, pada masa sama Jabatan Air Kelantan sedang memasang paip agihan sepanjang 32 kilometer untuk memastikan air dapat disalurkan kepada orang ramai.

"Bagi mengatasi masalah bekalan air khususnya di kawasan pedalaman, AKSB dengan kerjasama kementerian telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang bermasalah sejak tahun lepas.

"Kerja-kerja pemasangan paip baru dan naik taraf loji telah dilaksanakan dan dijangka siap pada 2012 hasil kerjasama tersebut," katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan Hanifa Ahmad (Pas-Pengkalan Pasir) mengenai dakwaan Kerajaan Pas Kelantan gagal menguruskan bekalan air, Md. Anizam seperti membandingkan masalah yang dihadapi negeri ini dengan negeri-negeri lain.

Katanya, kerajaan negeri hanya menguruskan bekalan air manakala prasarana diuruskan oleh kerajaan Pusat.

"Saya pun hairan kenapa Kelantan sahaja dikatakan airnya kotor dan tidak bersih walhal yang berlaku baru-baru ini di Perak, ada yang maut, di Rompin dan Jengka pun ada masalah.

"Menteri Besar Pahang sendiri mengakui negeri itu menghadapi masalah air. Kami tidak setuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kami hadapi masalah air.

"Kami mempunyai 197,000 penerangan akaun melibatkan hampir sejuta pengguna, yang menjadi masalah hanya kira-kira 3,000 atau 1.64 peratus, kami menyalurkan empat juta liter sehari air kepada rakyat," katanya.

Bagaimanapun, ketika sesi perbahasan titah Sultan Kelantan, Md. Yusoff Abdul Ghani (BN-Nenggiri) menjelaskan masalah yang berlaku di negeri lain tidak sama di Kelantan kerana apa yang berlaku di sini adalah disebabkan kelemahan pengurusan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.