VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
AGROBIZ

ARKIB : 05/03/2012

Padi hibrid atasi krisis makanan?

"Saya melihat padi hibrid berupaya untuk diperluaskan di negara in dan difahamkan kawasan penanaman padi berkenaan semakin luas.

"Saya juga harap industri padi hibrid di Malaysia terus berkembang. Ia bakal menyelesaikan masalah kekurangan bekalan beras di Malaysia dan saya jangkakan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang, padi hibrid akan dikomersialkan."

Demikian kata Penerima Anugerah Sains Mahathir (MSA) 2011, Prof. Yuan Long Ping dari China pada forum bertajuk Adakah Padi Hibrid Dapat Mengelakkan Krisis Makanan?' di ibu negara baru-baru ini.

Long Ping, 81, menerima anugerah khas MSA sebagai menghargai pencapaiannya meningkatkan hasil padi yang merupakan makanan utama penduduk tropika.

Beliau yang juga dikenali sebagai Bapa Padi Hibrid menerima anugerah tersebut daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehari sebelum forum itu diadakan sempena MSA,

Dalam pada itu, menurut Long Ping, pembangunan padi hibrid merupakan kaedah paling efektif dan ekonomik dalam usaha mengatasi masalah kekurangan beras.

"Ada banyak kaedah untuk menyelesaikan masalah kekurangan beras di seluruh dunia terutama di benua Asia, tetapi kaedah paling efektif dan ekonomik ialah dengan membangunkan industri padi hibrid," jelasnya.

Justeru, pencapaian beliau dianggap 'penyelamat' di tengah-tengah permasalahan masyarakat dunia menghadapi kemungkinan masalah krisis makanan bakal muncul.

Kejayaan beliau menghasilkan varieti baru padi yang mana mampu meningkatkan pengeluaran padi sekali gus dilihat salah satu jalan penyelesaian kepada kekurangan makanan di dunia.

Namun benarkah ia mampu menangani permasalahan makanan dunia?

Kebuluran yang teruk di China pada tahun 1958 sehingga 1961, telah mendorong Long Ping menumpukan perhatian kepada kajian untuk meningkatkan pengeluaran padi di negaranya.

Beliau akhirnya berputus asa dengan teori pembiakan silang lalu menggunakan teknik hibrid secara tiruan untuk menghasilkan varieti padi yang baru.

Melalui kajian dan pemerhatian dalam proses hibrid jagung, beliau telah menemui cara untuk penggunaan teknik hibrid bagi meningkatkan pengeluaran padi.

Apabila berita berkenaan padi hibrid telah tersebar kepada komuniti saintifik di barat, ramai yang tidak mempercayainya termasuklah Institut Kajian Beras Antarabangsa (IRRI) di Filipina yang telah menjalankan kajian yang sama sebelum tahun 1962 dan akhirnya mengalah kerana tidak berjaya.

Teknologi hibrid padi bermaksud benih padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik yang berlainan bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti.

Justeru, bagaimanakah padi hibrid dihasilkan?

Long Ping menggunakan dua spesies padi yang berbeza iaitu Indica dan Japonica.

Ia di biak dengan mendebungakan salah satu spesies padi tersebut dengan debunga spesies yang satu lagi.

Contohnya, mereka menggunakan padi debunga spesies Indica jantan kepada padi Japonica betina dan juga sebaliknya.

Pendebungaan silang tersebut telah menghasilkan varieti padi hibrid yang memiliki bentuk fizikal yang lebih besar dan mampu menghasilkan kadar padi yang lebih tinggi.

Padi hibrid bukan sahaja meningkatkan kadar pengeluaran malah turut membantu mengurangkan pembukaan serta penggunaan tanah.

Namun begitu, terdapat beberapa kesulitan yang turut dikenal pasti. Antaranya biji benih padi tersebut tidak boleh dihasilkan secara besar-besaran di negara lain dan harganya agak mahal berbanding harga biji benih padi biasa.

Ia menimbulkan masalah kepada golongan petani miskin yang hanya mampu menanam padi secara kecil-kecilan dan tidak memiliki modal permulaan yang besar.

Padi hibrid ini juga dilihat hanya menguntungkan golongan usahawan yang melaksanakan pertanian secara besar-besaran dan pengeluaran berskala besar.

Persoalan yang sering dilontarkan adalah bagaimana padi hibrid tersebut mampu ditanam serta membantu golongan petani yang majoriti daripadanya kurang berkemampuan untuk membeli benih serta menanamnya.

Malah, menurut Long Ping, padi hibrid tersebut juga hanya sesuai untuk ditanam dalam keadaan tertentu serta kawasan yang memiliki perairan yang baik dan sempurna.

Sehingga kini, benih padi hibrid perlu dibeli menerusi negara China dan tidak boleh disediakan oleh negara-negara lain.

Jika dilihat dari segi hasil pengeluaran padi secara besar-besaran, ia hanya menguntungkan pemain utama dalam industri tersebut.

Namun jika dilihat pula dari segi ketahanan, fleksibiliti untuk membantu golongan yang kurang berupaya, ia agak mustahil.

Seterusnya, kekurangan penanaman terhadap padi varieti Japonica di China akibat pengurangan kawasan kerana kebanyakan kawasan tersebut telah ditanam padi hibrid.

Fenomena tersebut telah menyebabkan penurunan kualiti induk utama padi untuk menghasilkan biji benih berkualiti tinggi.

Selain biji benih yang berkualiti tinggi juga sukar dihasilkan, kualiti beras yang dihasilkan juga agak menurun dan perlu ditingkatkan.

Tidak seperti lain-lain varieti padi yang menawarkan cita rasa serta kualiti tertentu padi hibrid benar-benar hanya menawarkan hasil pengeluaran yang tinggi bagi menampung keperluan pemakanan semata-mata.

Terdapat juga persoalan jika dunia terlalu bergantung kepada padi hibrid bagaimanakah jika berlaku bencana alam di China yang mana diketahui bahawa pusat utama pembenihan padi hibrid.

Bagaimanapun, kajian demi kajian tetap diteruskan oleh saintis yang terlibat bagi mendapatkan penyelesaian yang tepat.

Apa yang pasti, kejayaan menghasilkan padi hibrid tersebut merupakan pintu kepada lebih banyak lagi kajian yang perlu dilakukan.

Pada tahun 2004, padi hibrid tersebut telah memasuki Malaysia. Long Ping berkongsi pengalaman bagaimana kaedah penanaman padi hibrid dalam setiap syarahannya.

Melalui kerjasama tersebut Kerajaan Negeri Perlis telah membangunkan sebuah Pusat Kajian Padi Hibrid Perlis dan beliau sebagai ketua perunding dan kajian mengenainya akan diperluaskan lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.