VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 04/03/2012

Tindakan heret tokoh antarabangsa beri imej buruk kepada negara - NGO

KUALA LUMPUR 3 Mac - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gemar mengheret tokoh-tokoh besar antarabangsa dalam sandiwara politik dan peribadi beliau boleh memberikan imej negatif kepada negara.

Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak), Mohd. Faizal Daud berkata, Anwar dalam hampir setiap ceramahnya sebelum ini pasti menyebut nama-nama pemimpin asing yang kononnya memberi sokongan kepada beliau seperti bekas Presiden Indonesia, Gus Dur atau Abdurrahman Wahid serta ulama terkenal, Yusof Qardhawi.

Justeru Mohd. Faizal menegaskan, pihak yang terlalu taksub kerana terpedaya dengan keperibadian dan imej mulia Anwar perlu berfikir panjang untuk mengangkat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai pemimpin negara.

"Anwar akan menggunakan apa cara sekalipun supaya dilihat sebagai seorang yang hebat.

"Cerita dongeng Anwar mengenai 16 September sudah cukup membuktikan bahawa beliau tidak boleh dipercayai," kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal kelmarin bahawa pendirian pertubuhan itu tidak selari dengan Anwar mengenai keselamatan Israel.

Dalam pada itu, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, tindakan Anwar yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan Israel disifatkan lebih zalim berbanding rejim Zionis itu sendiri.

Ini kerana katanya, terdapat segelintir bangsa Yahudi sendiri yang tidak menyokong penindasan terhadap rakyat Palestin seperti yang dilakukan Israel.

"Semua tembelang Anwar terbongkar apabila Hamas menafikan pendirian pertubuhan itu selari dengan beliau yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

"Kita percaya rakyat yang menggunakan akal yang waras kini faham dan percaya siapa sebenarnya Anwar. Apa yang cuba ditunjukkan Anwar adalah semata-mata untuk menyelamatkan diri daripada senario politik ketika ini," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.