VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 04/03/2012

Bojan Hodak jurulatih baru skuad Kelantan

KOTA BHARU - Teka-teki siapa pengganti Peter Butler akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Al-Hamra Red Warriors (Army) Bojan Hodak sebagai jurulatih baru skuad Kelantan.

Keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pasukan negeri KAFA yang dipengerusikan oleh Rosmadi Ismail.

Rosmadi yang juga Naib Presiden KAFA berkata, pemilihan jurulatih kelahiran Croatia mengambil kira pengalaman dan kepakaran yang miliki oleh bekas pengendali pasukan UPB-MyTeam itu.

"Dengan pengumuman ini maka tamatlah segala spekulasi yang timbul sebelum ini tentang siapakah pengganti Peter Butler.

'Kita yakin dan percaya, kehadiran Hodak mampu meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Peter Butler sebelum ini," katanya.

Tambahnya, pengalaman dan kepakaran yang dimiliki jurulatih terbabit sememangnya ditagih untuk memastikan Kelantan mampu mencipta kejuaraan musim ini.

Hodak yang berusia 41 tahun, sebelum ini pernah menabur bakti selama tiga tahun bersama MyTeam bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012.

Dia pernah membantu kelab China, Shandong Luneng Taishan FC muncul naib juara Piala FA di negara berkenaan.

Rosmadi memberitahu, Hodak telah menandatangani kontrak untuk skuad The Red Warriors untuk sepanjang musim ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.