VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PRODUK

ARKIB : 04/03/2012

Komli Media ambil alih Admax




KUALA LUMPUR 3 Mac – Komli Media yang merupakan sebuah syarikat gergasi dalam teknologi media di Asia-Pasifik baru-baru ini mengumumkan pengambilalihannya ke atas Admax Network yang merupakan rangkaian iklan atas talian yang terbesar di Asia Tenggara.

Melalui operasi harian Admax yang merangkumi 6 pasaran dunia yang bertumbuh pesat pada masa kini – Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam – membolehkan capaiannya mencecah lebih daripada 90 juta pengguna internet serantau.

Pasaran pengiklanan atas talian di Asia Tenggara dianggarkan berjumlah lebih kurang AS$250 - AS$300 juta dan sedang berkembang pada kadar 30 - 40 peratus setiap tahun.

Pengambilalihan ini bukan sahaja membolehkan Komli Media memiliki rangkaian penerbit yang paling besar dan berbeza di rantau Asia Tenggara merangkumi 4,600 laman web setempat dan antarabangsa malah memiliki jalinan perniagaan eksklusif Admax dengan Facebook di Thailand, Indonesia dan Filipina dan MSN di Thailand.

Secara langsung ini membolehkan Komli memiliki capaian tertinggi terhadap pengguna Internet Asia Tenggara dan akses kepada laman-laman bahasa tempatan yang berpengaruh di rantau ini.

Lebih-lebih lagi, pengalaman kakitangan Admax dan hubungannya dengan lebih daripada 350 pengiklan premium seperti Sony, Citibank dan Blackberry akan memperkuatkan kehadiran kepimpinan Komli di rantau ini.

Melalui pengambilalihan ini juga, Admax akan mempunyai akses ke atas teknologi terkini Komli Media yang mempunyai pelbagai penyelesaian dari segi paparan, telefon mudah alih, video, rangkaian sosial, simpanan data dan iklan kata carian.

Usaha terbaru Komli yang memberi penyelesaian teknologi terkini adalah Real Time Bidding (RTB) yang membolehkan pembeli iklan media menilai, membida dan membeli inventori iklan dalam talian, berasaskan setiap iklan dilihat pada dasarnya.

Usaha ini memberi kesinambungan yang baik melalui pangkalan data terkumpul untuk mencapai audiens sasaran dengan tepat di mana kebanyakan rangkaian iklan gagal berbuat demikian.

"Pertumbuhan kami yang konsisten telah meletakkan kami sebagai sebuah organisasi di kalangan syarikat yang terbaik dalam industri pengiklanan digital di Asia Pasifik.

“Ini merupakan pengambilalihan yang penting untuk Komli Media; Admax memberikan kehadiran yang amat teguh dalam pasaran utama seperti Indonesia, Malaysia dan Thailand, yang menunjukkan pertumbuhan yang paling pantas di dunia.

“Kami amat gembira dapat mengumpulkan kepakaran kami, membolehkan organisasi bergabung untuk muncul sebagai organisasi yang paling berpengaruh di rantau ini," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Komli Media, Prashant Mehta.

"Komli Media yang kini berada di barisan hadapan dalam membawa penyelesaian yang amat memberangsangkan ke pasaran digital membuatkan kami amat teruja untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.

“Kami amat kagum dengan teknologi RTB, paparan telefon mudah alih dan video untuk memberi lebih nilai kepada rakan niaga kami dan memantapkan lagi kedudukan kami di Asia Tenggara," kata Ketua Pegawai Eksekutif Admax Network, Mathew Ward.

Pengasas Bersama dan Naib Presiden, Komli Media antarabangsa, Akshay Garg menambah: "Kami amat teruja untuk bekerja bersama-sama dengan pasukan Admax yang dinamik dan percaya bahawa terdapat persamaan budaya yang amat kukuh di antara dua syarikat kami.

“Dengan pengalaman yang amat unik dalam kebanyakan syarikat media dan teknologi pada peringkat global, pasukan Admax akan memperkukuhkan kedudukan kompetitif Komli Media di rantau ini."

“Komli Media akan menggabungkan pasukan Asia Tenggaranya yang ada sekarang dikenali sebagai Aktiv Digital dengan pasukan Admax di bawah satu organisasi iaitu Komli Media.

“Kekuatan kedua-dua syarikat ini akan meletakkan Komli Media dalam kedudukan baik untuk berkembang pesat di rantau ini.

“Dengan pengambilalihan ini, Komli Media akan bertambah kukuh dengan memiliki seramai 400 orang kakitangan yang akan menyediakan khidmat kepada lebih daripada 1000 pengiklan yang aktif di seluruh Asia Pasifik dengan capaian kepada lebih 150 juta pengguna Internet yang unik menjadikan Komli Media sebagai rangkaian media yang paling besar di rantau ini.”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.