ARKIB : 04/03/2012
Dialog Pendidikan Nasional

PAGOH 3 Mac - Kementerian Pelajaran akan memulakan siri jelajah Dialog Pendidikan Nasional ke seluruh negara pada bulan depan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan pelbagai pihak dalam menambah baik sistem pendidikan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, satu kajian telah dilakukan sejak tahun lalu dalam usaha menilai sama ada sistem pendidikan negara mencapai matlamat bagi melahirkan rakyat yang terdidik dengan ilmu berkualiti.
"Banyak kemajuan telah kita capai tetapi dalam dunia yang lebih kompetitif sekarang, kita mahu melihat semula tentang apa yang telah kita lakukan dalam sistem pendidikan dan kekuatan serta kelemahan yang ada selain perkara yang perlu dilakukan untuk menambah baik mutunya.
"Kita akan mulakan bulan depan apa yang dipanggil Dialog Pendidikan Nasional bertujuan untuk mendapatkan pandangan yang boleh kita kumpulkan dari semua kaum dan keturunan serta mewakili mereka yang berkepentingan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Parlimen Pagoh melibatkan 516 penerima.
Katanya, pihak yang berminat akan dipelawa menyertai dialog itu dan tempoh dialog juga mungkin dilanjutkan selagi ada pihak mahu mengemukakan pandangan.
Jelasnya, ini adalah masa terbaik selari dengan Gagasan 1Malaysia 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' iaitu rakyat diminta tampil meluahkan pandangan tentang bagaimana sistem pendidikan dapat diperbaiki, diubah atau berkaitan dengan dasar.
"Boleh dikatakan ia mencakupi semua bidang, kita tidak mahu halang sesiapa dan semuanya akan diambil kira. Mungkin kita akan pergi satu-satu negeri selama sehari atau dua hari selagi ada pihak mahu memberi pandangan.
"Kalau orang Melayu ada pandangan atau ada perkara yang perlu diperbaiki, maka mereka boleh tampil ke depan. Begitu juga masyarakat Cina dan India, jika merasakan ada keperluan, mereka boleh kemukakan pandangan," katanya.
Tambah Muhyiddin, pihaknya juga melakukan banyak kajian melalui kumpulan pakar yang dilantik untuk mempertimbangkan cadangan dan dibentang kepada rakyat sebelum dibawa kepada kerajaan dan diterima pakai dalam bentuk laporan pelajaran terbaharu.
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
BN tidak pernah curi kemenangan pembangkang, ia tuduhan palsu - PM
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
UMNO Kelantan akan kemuka petisyen Parlimen Bachok, 3 DUN
20 pasangan akad nikah sempena Festival Belia Putrajaya
Undang-undang, kawalan, salah guna media sosial dikaji
4 pemancing dikhuatiri hilang
Lima kumpulan berentap di pentas akhir Battle of The Band Felda
KDN, SKMM,Cyber Security kerjasama banteras tentera siber
Dilantik Exco Johor: Tee Siew Kiong akur keputusan MCA
Abadi detik persandingan di atas bas panorama Melaka
Mesej klik dengan bijak melalui Festival Belia
Anwar ingkari perjanjian damai hormati keputusan PRU-13 - Jusuf Kalla
Tengku Adnan cabar Husam kemukakan bukti
Saiful Bukhari Azlan selamat diijab kabul dengan Nik Suryani
Guru perlu berani hadapi gelombang baru cabaran pendidikan
Penduduk tuntut Anwar, Guan Eng turun padang
4 kapal tentera laut India berlabuh di Pelabuhan Klang
Persepsi belia terhadap bidang pertanian akan diubah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









