VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 29/02/2012

Tidak pernah terlintas jadi popular


Mawar Abdul Karim


WAJAHNYA memang sudah terlalu komersial. Sebagai model dia kerap terpapar di dada akhbar, majalah, papan iklan, poster, brosur dan sebagainya.

Ini membuatkan wajahnya cukup dekat di hati wanita. Khususnya penggemar fesyen tudung biarpun tidak mengenali siapa sebenarnya gadis bermata bundar pemilik nama Mawar Abdul Karim, 23.

Secantik nama, begitulah juga orangnya. Mawar secara rasminya menjadi model kepada jenama tudung terkenal Fareeda House of Scarf (Fareeda), sejak berusia 20 tahun lagi.

Biarpun wajahnya 'popular', Mawar mengakui kehidupannya tidak banyak beza lantaran sikapnya yang ringkas, ceria dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.

Bagi Mawar, terkenal tidak bermakna perlu berlagak seperti 'diva' kerana paling penting perlu pandai menyesuaikan diri dan tidak berbangga dengan apa yang dimiliki.

Sejujurnya gadis jelita itu mengakui memang tidak pernah terlintas untuk menjadi 'popular' dengan tudung-tudung yang dipromosikan. Malah menganggap apa saja yang telah berlaku kini adalah rezeki kurniaan Ilahi buatnya.

Mahu berjaya

"Dari minat dalam bidang fotografi, akhirnya saya pula yang dapat tawaran jadi model. Mungkin kerana memahami apa yang dimahukan jurugambar, jadi ia memudahkan semua pihak untuk mendapat sudut yang diingini," jelas Mawar yang ditemui di studio Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Dikategorikan berpendapatan lumayan sebagai duta tudung tidak bermakna Mawar mengambil mudah akan perjalanan hidupnya.

Mawar mengakui, dia seperti wanita lain yang mahu berjaya dalam kerjaya dan membuktikan kepada orang lain bahawa kemewahan bukan alasan untuk bersenang lenang.

Selain bergelar duta tudung Fareeda, Mawar juga telah ditawarkan menjawat jawatan penting dalam perniagaan tersebut dengan gelaran pengurus jualan.

"Memikul tanggung jawab tersebut, saya tidak mengehadkan diri saya sebagai pengurus adakalanya saya sendiri bertugas menjaga kaunter.

"Boleh dikatakan semua peringkat tugas saya pernah rasai. Semuanya semata-mata kerana saya ingin tahu bagaimana perasaan pekerja pada tiap lapisan, apa bebanan mereka dan apa yang mereka lalui.

"Bagi saya waktu kerja kita mesti kerja bersungguh-sungguh. Tetapi apabila bukan waktu bekerja semua pekerja adalah kawan dan memang tiada jurang antara ketua dan pekerja," katanya dalam loghat Pulau Pinang, negeri kelahirannya.

Sebagai pengurus jualan, Mawar mempunyai tanggung jawab yang agak besar. Dia perlu berulang alik dari butik di cawangan Shah Alam, The Mall, Bangi dan bekerja selama tujuh hari seminggu.

"Cabaran saya yang paling besar ialah apabila orang menciplak rekaan Fareeda dan mengakui itu ciptaan mereka.

" Lalu bersama pihak pengurusan kami telah mendaftarkan jenama dan rekaan kami dengan Perbadanan Harta Intelek.

"Selain itu cabaran pelbagai kerenah pelanggan membuatkan saya bertambah pengalaman dan ia juga mematangkan saya pada usia yang masih muda," ujar anak sulung empat beradik itu.

Berkat usaha Mawar dan strategi pemasaran yang betul, jenama itu juga telah menjadi pilihan beberapa artis dan selebriti tanah air, malah menjadi tudung penaja untuk penyampai berita.

Mawar juga terlibat dalam pencarian model tudung Fareeda yang diadakan setiap tahun.

"Sehingga kini kami mempunyai 60 tukang jahit dan pereka dan mengeluarkan dua rekaan dalam masa sebulan.

"Alhamdulillah pelanggan bertambah dari hari ke hari berkat usaha dan kerajinan pengedar-pengedar kami juga.

"Memang tidak dinafikan begitu banyak permintaan untuk menjadi pengedar dan kami begitu berbesar hati, namun proses tersebut perlu dilakukan dengan teliti demi menjaga nama baik tudung Fareeda itu sendiri.

"Matlamat kami untuk menggalakkan wanita bertudung. Jika ada pelbagai fesyen dan pemakaian gaya tudung menarik tentu ia akan menggalakkan para gadis tampil ayu bertudung," jelas Mawar yang sememangnya ceria.

Mawar turut mempunyai tudung yang mengambil namanya sendiri. Koleksi Mawar menampilkan rekaan eksklusif khusus untuk golongan remaja dengan pilihan warna-warna terang dan rekaan yang segar. Ia sesuai dengan jiwa dan cita rasa remaja masa kini yang inginkan kelainan dalam penampilan.

"Tudung Mawar ini sesuai untuk semua golongan walaupun ia direka khas buat remaja dan para pelajar. Jika bercakap tentang rekaan kepala bos memang sentiasa memikirkan tentang rekaan, tugas saya pula memikirkan tentang penjualannya," kata Mawar yang akan pastikan jadual kerjanya berjalan seperti biasa malah lebih agresif lagi menjelang hari raya.

Permintaan tinggi sempena Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa bulan lagi membuatkan dia tidak duduk diam, tambahan lagi pelbagai koleksi terkini sedang rancak dipromosi.

Selain koleksi tudung Mawar, Fareeda sebelum ini terkenal dengan rangkaian koleksi tudung jenis Maisara, Dania, Khaleeda, Rania. Rania Eksklusif, Sara Marissa, Sofiya dan Suraiya yang begitu laris di pasaran.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.