VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 28/02/2012

1 Azam ubah taraf hidup


Peserta kursus Program 1 Azam mempelajari kemahiran menjahit pakaian.


KOTA KINABALU 27 Feb. _ "Saya tidak pernah menyangka mampu menjahit kain menjadi sepasang baju, apatah lagi saya seorang lelaki," kata Elexter Adruce Feter, 16, yang berasal dari Kampung Bituru, Kota Belud dekat sini.

Malah Elexter berkata, dengan kemiskinan keluarganya adalah mustahil untuknya membeli kelengkapan jahitan apatah lagi sebuah mesin jahit moden.

Namun katanya, atas bantuan kerajaan melalui Program 1 Azam (Akhiri Zaman Miskin) ia menjadikan segala impiannya satu realiti.

Katanya, melalui program tersebut dia telah menerima mesin jahit pelbagai guna Singer dan kelengkapan jahitan yang lengkap.

"Saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana kini saya sudah dapat menjahit dan membantu meningkatkan pendapatan keluarga.

"Saya berazam untuk terus belajar menjahit dan suatu hari nanti dapat membuka sebuah kedai jahit," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program 1 Azam - Kursus kemahiran Seni Kreatif Jahitan di Akademi Jahitan Kota Kinabalu di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, seorang lagi peserta, Josiana Gantud, 17, berkata, tawaran yang diterimanya untuk menyertai kursus ini amat bermakna kepadanya.

"Selama ini saya memang bercita-cita menjadi seorang tukang jahit yang mahir dan terkenal dan saya bersyukur kini saya sudah memulakan langkah pertama dalam bidang ini.

"Ini bagaikan satu mimpi yang kini sudah menjadi kenyataan," kata anak kelima daripada enam adik beradik ini.

Katanya, selepas ini selain mengambil upah menjahit dia akan terus mendalami bidang jahitan dari semasa ke semasa.

Tambahnya, sekiranya mempunyai modal mencukupi dia bercadang membuka sebuah kedai jahit pada masa akan datang.

Seorang lagi peserta, Embakon Bono, 49, berkata, program ini telah memberi peluang kepadanya untuk menambah pendapatan keluarga.

Katanya, ia sekali gus mampu meringankan beban keluarganya yang hanya mengharapkan kepada suaminya yang hanya bekerja sendiri.

"Sebelum ini saya tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah tetapi kini saya telah nampak jalan untuk menambah pendapatan," kata ibu kepada lapan anak ini.

Sementara itu, Pengarah Akademi Jahitan Kota Kinabalu, Alice Lenson berkata, seramai 45 peserta sulung telah terpilih menyertai kursus selama 15 hari di akademi berkenaan.

Katanya, kebanyakan peserta yang dipilih adalah daripada isi rumah yang miskin dan kurang berkemampuan.

"Mereka bukan sahaja diberikan peralatan menjahit seperti mesin jahit moden tetapi turut disediakan tempat penginapan dan makanan.

"Mereka dibimbing dalam kemahiran membuat pakaian oleh jurulatih terlatih dalam kemahiran membuat baju kurung dan baju Melayu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.