VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 28/02/2012

25 ‘laluan panas’ penyeludupan

TUMPAT 27 Feb. - Sebanyak 25 kawasan di negeri ini dikenal pasti sebagai ‘laluan panas’ yang sering digunakan untuk penyeludupan dadah, senjata api dan barang kawalan termasuk minyak masak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kawasan tersebut merangkumi jajahan Tumpat dan Pasir Mas yang terletak berhampiran sempadan Thailand.

Beliau berkata, anggota keselamatan termasuk Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) akan memperketatkan rondaan dan kawalan di kawasan berkenaan bagi membendung kegiatan penyeludupan.

“Kawalan akan dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi di kawasan panas itu. Barangan yang kerap diseludup adalah berjenama tiruan.

“Kawasan panas itu juga dikenal pasti sebagai tempat seludup minyak masak, petrol, diesel, dadah, senjata api dan pemerdagangan manusia,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke UPP Pengkalan Kubor dan Markas Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah UPP, Datuk Ab. Rahim Ismail; Pegawai Pemerintah Pasukan PGM Pengkalan Kubor, Deputi Supritendan Tan Cheng San dan Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Khalid Munap.

Dalam lawatan itu, Abu Seman turut meninjau perairan sempadan Pengkalan Kubor-Sungai Golok, Bukit Lata-Pasir Mas dan pangkalan haram yang sering dijadikan laluan ke Mundok, Thailand.

Abu Seman berkata, usaha membanteras penyeludupan sekarang lebih memfokuskan kepada penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia kerana ia memberi kesan buruk kepada negara.

“Setakat ini tiada kes pemerdagangan manusia dikesan di negeri ini, hanya lima pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap oleh UPP Kelantan pada Januari lepas.

“Apa yang dilihat, tangkapan oleh UPP di negeri ini ada peningkatan pada tahun lepas berbanding 2010. Pada 2011 nilaian rampasan sebanyak RM2.9 juta berbanding 2010 hanya RM2.09 juta,” katanya.

Menurutnya, penyeludupan barang kawalan seperti minyak masak, petrol dan diesel berlaku disebabkan harga barangan itu lebih mahal di Thailand dan keadaan itu merugikan negara sekiranya tidak dicegah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.