VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 25/02/2012

Zurainah kagumi cara kerja Vincent Tan




KUALA LUMPUR 24 Feb. - Kerja keras dan komitmen tinggi adalah kunci utama kejayaan Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation Bhd. (B-Corp), Zurainah Musa (gambar).

Beliau tidak percaya kepada mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah tanpa perlu berusaha gigih.

''Saya memegang kata-kata 'sekiranya ingin menjadi yang baik anda perlu menjadi terbaik' selain menerapkan nilai-nilai positif dalam organisasi yang disertai.

''Selain itu, saya kagum dengan cara Pengerusi B-Corp, Tan Sri Vincent Tan yang merendah diri walaupun merupakan antara orang terkaya di Malaysia dan masih bekerja keras dalam memastikan syarikat terus maju,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Malah, beliau tidak dapat melupakan peristiwa beliau bertanyakan siapa itu Vincent Tan ketika bekas pengerusi syarikat konglomerat itu menelefonnya dan memperkenalkan diri untuk menawarkan kerja.

Zurainah berkata, sebelum menyertai B-Corp, beliau memulakan kerjaya di MMI, sebuah firma yang berpusat di Australia dan merupakan satu-satunya wanita Asia memegang jawatan dalam barisan pengurusan tertinggi serta bertanggungjawab dalam operasi rantau ini.

Beliau, bagaimanapun mengambil keputusan melepaskan jawatan yang disandang selama tujuh tahun dan pulang ke Malaysia kerana merasakan beliau perlu memberikan perhatian kepada anak-anak yang sedang membesar.

''Saya tertanya-tanya apakah makna kejayaan segala kejayaan dalam hidup apabila anak saya memilih untuk pergi kepada pembantu rumah selepas luka akibat terjatuh meskipun saya turut berada di sana,'' jelas beliau.

Zurainah berkata, kerjayanya sebelum ini, menyaksikan beliau banyak 'bergerak', bahkan adakalanya beliau hanya bertemu dengan suami hanya di lapangan terbang bagaikan 'sepasang kekasih' yang berjauhan kerana masing-masing bakal menuju ke destinasi berbeza.

Katanya, selepas pulang ke Malaysia, beliau dan suami, seorang warga Australia memutuskan untuk membuka syarikat Permata Kancil (M) Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Urusan yang terlibat pengurusan sumber manusia dan khidmat nasihat.

Namun selepas suami meninggal, beliau memilih untuk tidak meneruskannya dan kemudiannya dipelawa oleh Vincent Tan untuk menyertai syarikat berkenaan.

Zurainah mula berkhidmat dengan B-Corp apabila dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Berjaya Times Square Sdn. Bhd. (Berjaya Times Square) sebelum berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif B-Corp.

''Sejak berkhidmat selama setahun tiga bulan dengan B-Corp saya banyak mempelajari cara bekerja keras ditunjukkan oleh keluarga (Tan Sri Vincent Tan).

''Beliau juga mementingkan kebajikan kakitangan selain suka membantu mereka yang memerlukan termasuk dalam pembangunan sukan dan sebagainya,'' jelas Zurainah.

Ketika ditanya mengenai portfolio beliau di dalam B-Corp, Zurainah berkata, beliau bertanggungjawab terhadap pembangunan perniagaan syarikat dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

''B-Corp merupakan organisasi dengan pelbagai portfolio perniagaan dan setiap portfolio mempunyai kekuatan tersendiri.,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.