VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/02/2012

e-ROSES daftar pertubuhan

PUTRAJAYA 23 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini melancarkan projek 'e-ROSES' bagi pelaksanaan permohonan pendaftaran pertubuhan secara dalam talian.

e-ROSES merupakan projek fasa pertama kendalian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang telah dimulakan sejak Ogos tahun lepas.

Projek tersebut yang dilancarkan sempena perhimpunan bulanan KDN itu melibatkan pelbagai agensi antara lain Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia.

Menurut Hishammuddin, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bertindak sebagai penasihat projek yang kini dilaksanakan di lima negeri terpilih.

''Projek ini merupakan kejayaan besar bagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan kementerian sendiri kerana selain menjimatkan kos sehingga RM3 juta, projek ini juga diyakini dapat memenuhi kehendak pelanggan dari segi sistem penyampaian perkhidmatan.

''Ia selaras dengan saranan kerajaan untuk mengamalkan konsep computerised the whole department,'' katanya semasa pelancaran e-ROSES di sini hari ini.

Lima negeri yang terlibat dengan projek tersebut adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

Untuk mendaftar pertubuhan baru secara dalam talian, layari laman sesawang www.eroses.gov.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.