VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 21/02/2012

1 Malaysia TV trend terkini


TENAGA muda diberi peluang untuk berada di barisan depan 1 Malaysia tv, sejajar dengan matlamat dan hala tuju saluran berkenaan.


PENGHUJUNG tahun 2011, ketika berada di Osaka, Jepun, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Md. Afendi Hamdan didatangi seorang remaja Malaysia. Remaja berkenaan ‘beria-ia’ mahu mengajaknya membahaskan isu politik dalaman negara sebaik saja menonton saluran Berita Nasional di TV1, RTM.

Ketika ditanya bagaimana remaja yang juga penuntut di sebuah universiti popular di Osaka itu boleh mengakses berita berkenaan dengan cepat dan mudah, Afendi sangat teruja dengan jawapan remaja itu.

“Saya menonton RTM melalui telefon genggam. Saya pelanggan 1 Malaysia TV,” kata remaja berkenaan.

Remaja tersebut sememangnya perlu berasa bertuah kerana langsung tidak terpinggir dari perkembangan dalaman negara, meskipun terpisah beribu-ribu batu daripada keluarga.

Kecanggihan teknologi ternyata telah merubah banyak perkara dalam hidup apabila menonton televisyen dan menelaah rancangan kegemaran pada hari ini, bukan hanya di ruang tamu rumah semata-mata.

Di kedai mamak, sambil menunggu komuter atau bas dan ketika sedang berseronok membeli-belah bersama teman-teman masih boleh mengikuti perkembangan dunia melalui rancangan-rancangan menarik di media elektronik itu.

Ini budaya baru dalam dunia hiburan hari ini. Golongan muda hari ini yang tidak lekang dengan gajet terkini pula, kalau boleh mahukan televisyen berada di telapak tangan mereka.

Seperti mana mudahnya mereka membuat capaian kepada internet, begitulah juga kehendak mereka terhadap perkembangan dunia penyiaran untuk lebih mudah diakses. Semua benda mahu berada di hujung hari.

Menyedari pengendali-pengendali rangkaian televisyen sedia ada tidak mampu memenuhi kehendak mobiliti pengguna seperti itu telah memunculkan 1 Malaysia TV.

Ia adalah khusus untuk memenuhi naluri menonton di kalangan generasi muda yang tidak pernah renggang dengan notebook, iPad, iPhone dan pelbagai jenis gajet lain terutama yang menggunakan platform android.

Apa sebenarnya 1 Malaysia TV? Berbanding dengan rangkaian dan perkhidmatan televisyen sedia ada dalam negara, apakah yang ditawarkan?

Menurut Afendi, yang juga Penasihat Media 1 Media IPTV (syarikat pengendali), 1 Malaysia TV ialah saluran televisyen Internet yang pertama di negara ini.

Mula dilaksanakan sejak setahun lalu, perkhidmatan televisyen terbaru itu dapat ditonton dan diakses daripada pelbagai platform mudah alih seperti iPhone, iPad, Blackberry dan gajet yang menggunakan platform Androids.

“Kami menyasarkan kepada golongan muda-mudi yang sudah kurang menonton televisyen cara biasa di rumah.

“Golongan muda-mudi yang sentiasa bergerak, hidup dalam dunia yang banyak pilihan menjadi sasaran kami di 1 Malaysia TV.

“Kami bawakan televisyen yang sesuai dengan cara hidup mereka yang boleh ditonton pada bila-bila masa dengan apa cara sekali pun,” kata Afendi.

Menurut Afendi, kewujudan 1 Malaysia TV adalah atas usaha yang dilakukan oleh sebuah syarikat swasta yang berusaha untuk memberikan maklumat yang betul dan tepat mengenai keadaan dalaman Malaysia.

Ini tidak terkecuali memberi sudut pandangan dalam dunia politik, satu bidang yang semakin mendapat tempat di hati orang muda, dewasa ini.

“Jika menganggap orang muda hanya berminat kepada dunia hiburan, itu adalah padangan yang salah kerana remaja sekarang sudah semakin terbuka dengan hal-hal politik dan kepimpinan negara.

“Oleh kerana kami sedar bahawa dunia internet dan telefon mudah alih menyediakan 1,001 sumber maklumat yang tidak semestinya betul dan tepat, ini banyak memberi kesan yang buruk termasuk dalam soal politik negara.

“Justeru, kami ingin memberi keseimbangan kepada keadaan ini dengan memberi pilihan untuk maklumat yang tepat dan betul itu.

“Ini penting, supaya rakyat Malaysia yang berada jauh di luar negara, tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif pihak tertentu yang mahu merosakkan kestabilan politik negara.

“Dan perlu untuk masyarakat tahu bahawa 1 Malaysia TV tidak ada kaitan dengan kerajaan. Sebaliknya ia ditubuhkan oleh sebuah syarikat swasta yang benar-benar prihatin terhadap apa juga kehendak dan keinginan masyarakat dalam era yang moden ini,” katanya.

Menurut Afendi juga, 1 Malaysia TV bukan rangkaian televisyen satelit seperti Astro atau televisyen terresterial (seperti TV1, TV2, TV3) yang memerlukan antena. Ia juga bukan televisyen yang berasaskan protokol Internet dengan keperluan set top box (seperti IPTV dan Unifi).

“Ia sememangnya berbeza dengan apa juga bentuk perkhidmatan televisyen yang ada sekarang kerana kami tersendiri. Lebih menarik lagi, ia disediakan secara percuma sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia. Sebanyak 10 saluran yang kami sediakan boleh dinikmati oleh sesiapa saja, tanpa sebarang caj,” kata Afendi lagi.

1 Malaysia TV boleh diakses melalui www.1malaysiaiptv.com.my dan www.erama.tv.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.