VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 16/02/2012

OIC sokong penyelesaian secara aman krisis Syria

16/02/2012 5:46pm

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Sekretariat Am Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memperbaharui pendiriannya untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap krisis di Syria.

Dalam satu kenyataan hari ini, OIC menyatakan pertubuhan itu mengulangi gesaan supaya kerajaan Syria menghentikan pertumpahan darah rakyat yang tidak bersalah dan memenuhi desakan bagi melaksanakan demokrasi, menghormati hak asasi manusia dan tadbir urus baik ke atas rakyat Syria.

Sekretariat Am itu turut menyatakan sokongan terhadap resolusi Liga Arab, yang diratifikasi di Kaherah pada 12 Februari.

Liga Arab menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan resolusi bagi penubuhan pasukan pengaman PBB-Arab untuk dihantar ke Syria, dan menggesa tawaran semua bentuk “sokongan politik dan barangan” untuk pembangkang di Syria.

Sekretariat Am itu juga menegaskan badan itu mahu meneruskan rundingan dan kerjasama dengan Liga Arab dan PBB untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap krisis di Syria.

Laporan menyatakan konflik yang sedang berlaku telah menjejaskan dengan teruk kehidupan di Syria yang mengakibatkan ribuan orang meninggalkan rumah mereka dan berlindung di negara-negara jiran, dengan kira-kira 3,000 pelarian mendapatkan perlindungan di Jordan.

Lebih 6,000 orang telah terbunuh sejak pasukan tentera Presiden Bashar al-Assad mula mengambil tindakan kejam ke atas penunjuk perasaan yang mendesak pelaksanaan demokrasi pada Mac, menurut beberapa kumpulan yang memantau keadaan di negara itu.

PBB menyatakan angka kematian ialah lebih 5,400 pada akhir Disember, sebelum berhenti mengira jumlah kematian, memberikan alasan keadaan sukar di negara itu, menurut laporan.

OIC juga merayu negara anggota, institusi kewangan dan badan kemanusiaan dan dermawan untuk membantu rakyat Syria yang sedang berdepan krisis kemanusiaan yang teruk.

Setiauasha Agung OIC, Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu berkata beliau meminta Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan pertubuhan itu menyediakan program kecemasan untuk menangani keadaan yang semakin meruncing.

"Kami mengikuti perkembangan dengan penuh rasa bimbang akan keadaan kemanusiaan rakyat Syria yang semakin teruk di tanah air mereka dan pelarian di negara-negara jiran,” katanya dalam kenyataan. — BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.