VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 14/02/2012

Panik, ibu hamil hampir hilang RM5,888


SITI Baizura Mohamed Sah memenangi tempat pertama dengan wang tunai RM5,888 dalam peraduan Beli & Menang di Plaza Pelangi, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 13 Feb. - Gara-gara panik apabila diumumkan sebagai pemenang utama tiket cabutan bertuah, seorang ibu yang hamil lapan bulan hampir kehilangan wang tunai RM5,888 apabila gagal menemui kad pengenalan yang disimpan di dalam begnya sendiri.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi Siti Baizura Mohamed Sah, 30, yang akhirnya berjaya menemuinya sebelum sempat pengacara majlis mengumumkan nama lain sebagai pemenang.

Menurut Siti Baizura, beliau tidak menjangkakan kemenangan tersebut seterusnya menyebabkan dia tergamam setelah diumumkan sebagai pemenang utama.

"Saya terus mencari kad pengenalan untuk diberikan kepada penganjur sebagai bukti pengenalan diri, tetapi gagal menemuinya kerana tangan saya menggeletar.

"Kemudian, apabila pengacara majlis mahu mengumumkan nama lain sebagai pemenang, barulah menjumpainya dalam tas tangan saya," katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah sempena meraikan sambutan Hari Krismas dan Tahun Baru Cina di Plaza Pelangi di sini, baru-baru ini.

Menurut ibu kepada dua orang anak itu beranggapan, kemenangan tersebut sebagai rezeki anak ketiga yang sedang dikandungnya dan merupakan kali pertama memenangi peraduan seperti ini selepas gagal dalam beberapa program serupa sebelum ini.

Ujar Siti Baizura, pada awalnya dia keberatan untuk hadir ke majlis ini tetapi menukar fikiran atas desakan suami.

"Syukur kemenangan berpihak kepada saya walaupun hampir terlepas wang tunai tersebut dan saya berniat untuk memberikan wang ini kepada ibu bapa saya," jelasnya yang merupakan suri rumah sepenuh masa itu.

Selain beliau, dua lagi peserta iaitu Tang Choon Boey, 44 memenangi RM3,888 dan Seow Wen Jiun mendapat RM1,888. Pemenang diadili melalui pembelian RM200 di pusat membeli-belah tersebut dalam masa satu hari dari tempoh 1 Disember 2011 sehingga 31 Januari 2012.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hau sambil disaksikan oleh anggota pengurusan Plaza Pelangi dan pengunjung pusat beli-belah tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.