VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 13/02/2012

TNB sudah baiki lampu jalan

DENGAN segala hormatnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin merujuk aduan oleh 013-205XXXX di ruangan SMS /MMS Anda yang tersiar di akhbar ini pada 13 Januari lalu mengenai kerosakan lampu jalan.

TNB prihatin di atas aduan pengguna tersebut. Untuk makluman, pihak kami telah menerima aduan berhubung tiga unit lampu jalan tidak berfungsi di Kampung Tersusun Kledang Utama Fasa 2, Sungai Siput, Perak pada 23 Disember 2011. Pihak kami telah membaiki kesemua lampu jalan yang diadukan pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, pihak TNB sekali lagi menerima aduan pada 24 Disember bahawa beberapa unit lampu jalan tidak menyala.

Justeru itu, semakan di tapak telah dibuat dan mendapati dua set lantern lampu jalan rosak dan ada pepasangan di tiang TNB telah terbakar menyebabkan banyak lampu jalan tidak menyala.

Kesemua kerosakan tersebut dibaiki pada 6 Januari 2012.

Sebagai tindakan susulan, pihak TNB telah menghubungi pengadu dan memberi penjelasan kepada beliau berhubung tindakan yang telah diambil.

Sehubungan itu, segala kesulitan yang dialami adalah sangat dikesali oleh pihak kami.

Untuk sebarang maklum balas mengenai pepasangan dan perkhidmatan TNB, pengguna boleh menghubungi TNB menerusi:

n Telefon atau ke talian khidmat TNB dan TNB CareLine 15454 (bagi aduan gangguan elektrik dan kerosakan lampu jalan).

n Telefon atau faks ke 1300 88 5454 (bagi pertanyaan berkaitan bil elektrik dan berkaitan).

n E-mel ke tnbcareline@tnb. com.my.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.