VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 12/02/2012

Tiada lagi Monday Couple

HUBUNGAN cinta Song Ji Hyo dengan Baek Chang Joo, CEO agensinya, CJeS Entertainment kini bukan lagi rahsia dan rata-rata para peminat artis cantik itu sudah mampu menerimanya. Cuma segelintir yang mengharapkan dia benar-benar bercinta dengan Kang Gary iaitu pasangannya dalam program realiti televisyen, Running Man, sahaja masih tertanya-tanya apakah kesudahan Monday Couple?

Kalangan staf program SBS itu turut tidak menafikan akan berlaku perubahan dalam hubungan `pasangan’ tersebut.

Penerbitnya, Cho Hyo Jin memberitahu Star News; “Saya baru dimaklumkan tentang hubungan Song Ji Hyo. Anggota Running Man rapat antara satu sama lain, jadi mereka mungkin sudah tahu mengenai hubungan ini tetapi kami (staf) memang tak tahu menahu.”

Ditanya tentang status hubungan Gary dan Ji Hyo dalam program itu selepas ini, menurutnya; “Monday Couple tak pernah ada dalam skrip, ia berlaku secara natural jadi kami tidak ada rancangan untuk mengubah apa-apa. Bagaimanapun dengan perkembangan terbaru hubungan cinta Ji Hyo, rasanya Monday Couple pun secara semulajadi akan berubah.”

Bagaimana agaknya reaksi Gary apabila mengetahui tentang kisah cinta pasangan olok-oloknya ini. Mungkin tak dia menjerit: “Stress!”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.