VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 12/02/2012

Istiadat tukar pengawal Istana Negara

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Istiadat pertukaran pengawal istana berlangsung buat julung kalinya di Istana Negara Jalan Duta di sini, sejak berpindah dari kompleks lamanya di Jalan Istana pertengahan Oktober lalu.

Istiadat yang melibatkan lapan pegawai dan 84 anggota lain-lain pangkat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) itu bermula pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira setengah jam kemudian.

Istiadat dimulakan dengan perarakan keluar empat pegawai dan 42 anggota pengawal mewakili pasukan lama sebelum disusuli pasukan baru dengan jumlah pegawai dan anggota yang sama.

Selepas kedua-dua pasukan mengambil tempat menghadap antara satu sama lain, upacara penyerahan panji-panji bermula disertai beberapa pergerakan yang dilakukan kedua-dua pasukan penuh berdisiplin.

Majlis penuh adat ketenteraan yang diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD itu disaksikan oleh Pegawai Memerintah 1 RAMD, Leftenan Kolonel Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Tengku Muhammad Fauzi turut memberi tabik hormat kepada panji yang menjadi simbolik kepada majlis serah terima tugas tersebut.

Istiadat yang diadakan setiap bulan itu turut menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara yang tidak mahu melepaskan peluang merakam foto kenangan berlatar belakang majlis istiadat dan bangunan istana.

Menurut Tengku Muhammad Fauzi, istiadat pertama diadakan pada 1987 itu turut dibantu oleh Platun Tambor, Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (RRD).

"Kita bercadang menambah baik majlis istiadat ini pada masa akan datang dengan membabitkan penyertaan daripada Unit Berkuda yang turut mengawal istana," katanya kepada pemberita sejurus tamat istiadat tersebut di sini hari ini.

Istana Negara baharu yang dibina dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu terletak di kawasan seluas 96.52 hektar dan beroperasi secara berperingkat mulai 19 Oktober lalu manakala penugasan kepada anggota pengawal istana bermula 15 November.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.