VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 08/02/2012

Perkhidmatan panggilan kecemasan dimantapkan

08/02/2012 2:28pm

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan memantapkan lagi perkhidmatan panggilan kecemasan melalui Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 demi kemudahan rakyat, kata Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf hari ini.

Beliau berkata dua aspek utama yang diberi perhatian adalah kerjasama antara lima agensi yang terlibat dalam perkhidmatan itu dalam menghadapi kecemasan dan menangani panggilan palsu.

"Kita mempunyai tiga pusat menerima panggilan, masing-masing di Kuala Lumpur, Melaka dan Sarawak dan kita menghadapi masalah panggilan palsu.

“Jadi kita mahu pastikan semua panggilan yang diterima oleh MERS 999 adalah tulen, dan kita mempunyai petugas mengendalikannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Kuala Lumpur Asia Navigator 2012 di sini.

Kamaruddin berkata, secara purata, MERS 999 menerima 68 peratus panggilan palsu setiap hari menerusi lima agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Selain mengatasi masalah itu melalui pelbagai kempen, Malaysia juga mengambil inisiatif untuk menjadi tuan rumah persidangan Navigator yang pertama kali diadakan di Asia, katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.