VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 08/02/2012

UTeM laksana sistem e-klinik mudahkan urusan rawatan

MELAKA 7 Feb. - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melaksanakan sistem e-klinik dalam usaha memastikan setiap kakitangan memperoleh rawatan dan perubatan serta memudahkan urusan di klinik panel.

Sistem yang dibangunkan oleh Pusat Komputer UTeM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), pejabat Pendaftar serta pejabat Bendahari UTeM itu dibangunkan bagi memudahkan urusan pembayaran rawatan sekali gus menjimatkan masa.

Pengarah Pusat Komputer UTeM, Mohd. Isa Mohd. Dom berkata, objektif utama sistem tersebut adalah untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada kepada kakitangan UTeM.

"Bagi memastikan pelaksanaan sistem ini berjalan lancar serta memenuhi kriteria yang ditetapkan, satu sesi taklimat telah tentang penggunaan e-klinik telah diadakan baru-baru ini.

"Sesi tersebut telah disertai oleh wakil daripada 16 buah klinik panel perubatan dan pergigian yang berdaftar dengan universiti ini," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, mereka yang hadir telah diberi penerangan secara menyeluruh tentang penggunaan sistem tersebut iaitu bukan hanya memudahkan urusan perubatan kakitangan malah, urusan pengendalian klinik-klinik panel yang terlibat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.