VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 07/02/2012

SYM Motor perkenal model baharu


FABIAN Ong Ghee Seong (kanan) bersama barisan pengurusan MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd, semasa pelancaran motosikal itu di Haadyai baru-baru ini.


HAADYAI 6 Feb. - Syarikat pengeluar motosikal jenama Sanyang Motor (SYM) di negara ini, MFORCE Bike Holdings Sdn. Bhd. menyasarkan jualan sebanyak 28,000 buah bagi model baharunya, E-Bonus untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Fabian Ong Ghee Seong berkata, model baharu tersebut dijangka mampu menarik minat pembeli berikutan harganya yang kompetitif selain ciri-ciri istimewa yang dimiliki.

"Model ini adalah susulan daripada keluaran sebelum ini iaitu Bonus 110 SR tetapi ia tidak mempunyai rim namun dengan kuasa enjin 110 cc ini dijangka akan mewujudkan satu standard baru untuk motosikal kategori harga mampu milik.

"Ia juga mempunyai suis penghidup elektrik dan didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan biru," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran motosikal itu di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Urusan MFORCE Bike Holdings, Leo Tan Leah Heah; Timbalan Pengurus Besar Sanyang Industry Co. Ltd., Jeff Lee dan Pengarah Urusan Malaysian Formula Bikes Sdn. Bhd., Arifuddin Mohamed Shah.

E-Bonus dijana oleh enjin empat lejang dengan transmisi empat kelajuan jenis balikan, suspensi depan jenis teleskopik, seberat 96 kilogram dan sistem penyejukan angin.

Tempoh jaminan yang ditawarkan kepada setiap pembeli adalah setahun atau 10,000 kilometer atau yang mana satu lebih dulu.

Dalam pada itu, Ghee Seong memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan tiga model baharu tahun ini dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri.

"Model itu adalah skuter 400 cc (Maxsym 400i), sports bike 250 cc (T20250i) dan skuter 125 cc (Jet Power 125).

"Kami menyasarkan untuk meningkatkan penguasaan pasaran kepada lima peratus pada tahun ini berbanding dua peratus tahun lepas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.