ARKIB : 07/02/2012
Senaman eratkan suami isteri
SAYA amat percaya bahawa menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menjaga kesihatan mereka sendiri dan ia tidak boleh dipandang ringan."
Demikian pendapat jujur pengasas pertubuhan Ibu Berkerja di Rumah (WAHM), Hafiza Abdul Rahman, apabila ditanya mengenai prinsip gaya hidup sihat yang diamalkan.
Katanya, isu kesihatan lebih ketara pada golongan wanita terutama yang telah berkahwin dan mempunyai anak.
"Saya kerap menjadi sasaran soalan kepada masalah-masalah seperti bagaimana menurunkan berat badan selepas melahirkan anak, hilang keyakinan untuk bergaya selepas bersalin dan ada yang mendakwa tidak mampu memberikan 'prestasi' terbaik saat berhubungan intim.
"Bagi saya jawapan paling mudah ialah bersenam, bukan semata-mata untuk kurus tetapi lebih kepada mengekalkan stamina tubuh badan," katanya.
Dan bagi Hafiza, satu usaha yang boleh dimulakan dengan segera dan mudah ialah dengan melakukan senaman Kegel.
Kaedah asas senaman ini adalah kemutan yang dibuat bagi menghentikan aliran air kencing secara beransur-ansur sewaktu ingin membuang air kecil.
"Jangan menahan nafas ketika melakukannya, sebaliknya cuba tahan otot selama kiraan 10 dan rehatkan dengan kiraan 10 lagi setiap sesi. Lakukan tiga sesi sehari (pagi, petang dan malam).
''Namun jangan pula menahan air kecil apabila sampai waktu ke tandas kerana boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.
"Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor bertauliah untuk mendapatkan panduan," jelasnya yang banyak memberikan ceramah tentang WAHM di sekitar Lembah Klang.
Begitupun kata Hafiza, senaman ini tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.
Hasilnya juga berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.
"Ketekunan, keazaman serta disiplin penting jika mahu berjaya. Cuba elak memberi alasan ketiadaan masa untuk bersenam akibat kesibukan kerja harian bagi menyelamatkan hubungan suami isteri yang semakin hambar," katanya.
Salah kami tidak pantau anak gadis hingga salah arah...
Datuk, nenek, cucu kongsi tarikh lahir
Bakat masak penulis blog
Cari makan di kota Malang
Nasi bubur berlauk
Tenaga berterusan untuk si manja
Legasi Jai Pak Andam
Terjebak cinta pengkid
Busana pengantin untuk sang juara
Tangani masalah rambut
Kanak-kanak perempuan bukan pengantin
Beri kejutan manis
Ilmi mula sebagai 'mak andam'
Slot car keluarga Fahmy
Dingin meniti usia
Bantulah pesakit leukemia kanak-kanak
Kena maki kerana kawan
Menu klasik Eropah di Graze
Melangkah ke alam pekerjaan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










