VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 05/02/2012

SPNB perkenal bentuk baharu Rumah Mesra Rakyat

05/02/2012 12:03pm

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) sedang mengkaji bentuk baharu Rumah Mesra Rakyat (RMR), yang akan memberi fokus kepada keperluan rumah bagi mereka yang berpendapatan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan.

Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, RMR bentuk baharu itu mungkin diberi nama Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), seperti yang diumumkan oleh pengerusinya Datuk Idris Haron.

Buat masa ini, SPNB masih dalam rundingan dengan tiga kerajaan negeri untuk memulakan skim RMR1M, dan akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini jika tiada sebarang halangan.

Beliau berkata, jika fasa pertama di tiga negeri itu, yang belum dapat diumumkan, berjaya mendapat sambutan, SPNB akan memperluas skim tersebut ke seluruh negara.

“Kita bercadang membangunkan program RMR1M ini dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

“Beliau (Ahmad Husni) meminta kerajaan negeri menjalin usaha sama dengan SPNB untuk membina rumah-rumah yang mampu dimiliki rakyat,” katanya dalam satu wawancara baru-baru ini. – BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.