VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 04/02/2012

74 mahasiswa antarabangsa bincang cabaran pertanian terkini di UPM

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Seramai 74 mahasiswa pertanian dari sembilan negara akan berkumpul di Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 19 hingga 28 Februari ini untuk menyertai Simposium Pelajar Pertanian Antarabangsa (IASS) Ke-3.

Simposium itu akan menjadi platform kepada pelajar ijazah pertama terbabit untuk berkongsi isu-isu semasa, perkembangan maklumat pertanian dan idea-idea inovasi dalam sektor pertanian.

Pengarah program, Amirul Asraf Tumin berkata, simposium itu diharapkan dapat melebarkan lagi rangkaian kerjasama antara universiti dan menggabungkan hasil penyelidikan, teknologi dan jalan penyelesaian daripada negara-negara terlibat dalam usaha menjaga keselamatan makanan untuk manfaat manusia seluruhnya.

Simposium yang mendapat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan tajaan daripada Malaysian Agri Hi-Tech Sdn. Bhd., Kumpulan IOI dan Lembaga Koko Malaysia itu turut menganjurkan program lawatan sambil belajar dan perkongsian ilmu, pengalaman dan budaya di dalam kampus UPM.

Dua pembentang kertas kerja dari setiap negara akan membincangkan isu-isu mengenai pendidikan pertanian, teknologi pertanian, perdagangan dan ekonomi pertanian, pengeluaran pertanian dan alam sekitar.

Selain daripada warga UPM, orang awam juga dijemput hadir ketika sesi persidangan simposium itu. Maklumat lanjut, layari laman web www.agri.upm.edu.my/iass atau www.facebook.com/3rdiass.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.