VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 03/02/2012

Gaya tulisan nama Rasulullah


Seramik yang menggunakan nama Muhammad, Ahmad dan Ya Muhammad dalam hiasan kaligrafi yang dihasilkan di China.


UNGKAPAN sallallahualayhiwasallam sering diucapkan ketika menyebut ataupun mendengar nama nabi junjungan kita, Nabi Muhammad disebut.

Selawat ke atas nabi juga turut disusun dalam bentuk lagu yang sering didendangkan di dalam majlis-majlis berkaitan dengan agama Islam terutamanya ketika sambutan Maulud Nabi ataupun hari kelahiran Nabi Muhammad yang jatuh pada tanggal 12 Rabiul Awal setiap tahun.

Dengan rujukan beberapa hadis yang menyatakan tentang keberkatan menyebut selawat ke atas Rasulullah, umat Islam telah mengambil inisiatif untuk mengingatkan satu sama lain tentang kelebihan ini tidak kira secara lisan mahupun tulisan.

Salah satu hadis yang menyebut tentang keberkatan menyebut salawat kepada Nabi adalah seperti berikut: "Sabda Nabi SAW dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda: Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." (riwayat At-Tirmidzi)..

Semua umat Islam semestinya mempunyai impian untuk menjadi orang yang hampir dengan Nabi Muhammad SAW di hari akhirat kerana rasa rindu dan ingin bertemu dengan baginda. Apatah lagi kita umat akhir zaman yang tidak pernah melihat wajah baginda.

Walaupun ganjaran yang dijanjikan Allah adalah amat istimewa tetapi ia tidak susah untuk dilakukan kerana selawat juga terdapat di dalam bacaan solat yang didirikan lima kali sehari oleh umat Islam.

Dalam kesenian Islam terdapat beberapa gaya tulisan yang digunakan bagi nama Nabi Muhammad seperti susunan dan pilihan perkataan pujian yang digandingkan dengan nama baginda.

Dari segi susunan kebanyakan seniman Islam meletakkan nama Muhammad sebagai tulisan besar yang menjadi fokus kepada karya seni kaligrafi mereka.

Sementara selawat ditulis menggunakan kaligrafi yang lebih kecil secara berkumpulan berhampiran dengan nama Muhammad.

Pilihan komposisi itu tidak menggunakan perkataan nabi sebelum nama Muhammad. Ada juga yang hanya meletakkan Muhammad tanpa sebarang selawat dalam karya seni tersebut.

Satu lagi susunan yang sering ditemui ialah Muhammad Rasulullah. Susunan perkataan itu sering digandingkan dengan kalimah la ilaha illa Allah. Ia boleh ditulis bersama secara sebaris dan terdapat juga karya seni yang ditulis secara berasingan.

Gaya ini begitu sinonim dengan gaya kaligrafi yang digunakan pada kain kelambu Kaabah atau kiswah yang mempamerkan gaya berombak. Selain Muhammad Rasulullah, gaya tulisan nama pada kain kiswah juga menggandingkan perkataan Muhammad dan Habibullah yang membawa maksud Muhammd kekasih Allah.

Selain Muhammad terdapat juga seniman Islam yang menggunakan nama Ahmad sebagai alternatif kepada nama baginda Rasulullah SAW. Ssebagai contoh, terdapat satu hiasan seramik dari China yang menggunakan perkataan Ahmad selepas Muhammad. Terdapat juga perkataan 'Ya Muhammad' dalam hiasan artifak yang sama.

Kepelbagaian pilihan gaya tulisan nama Nabi Muhammad SAW itu boleh ditemui di galeri-galeri pameran kekal di Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada Ahad ini, Muzium Kesenian Islam Malaysia telah meletakkan label khas yang mempunyai nama Muhammad berhampiran dengan artifak-artifak yang berkaitan dengan Nabi junjungan kita.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.