VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 01/02/2012

UTHM perluas konsep pembelajaran sepanjang hayat

JOHOR BAHRU 31 Jan. - Dalam usaha meneroka, membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengorak langkah ke hadapan dengan menubuhkan cawangan Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) di Kluang yang memberi tumpuan kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, penubuhan CEC UTHM di bandar Kluang merupakan satu langkah bijak dan tepat kerana Kluang merupakan sebuah bandar yang berpotensi untuk dijadikan bandar ilmu pada masa akan datang.

"Sebagai Ahli Parlimen Kluang, pembukaan cawangan ini memberi peluang kepada saya untuk mempromosikan CEC dalam lawatan kerja di dalam dan luar negara. Saya berharap usaha itu akan dapat menarik seramai mungkin pelajar tempatan mahupun antarabangsa untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah mereka di sini.

"Kita juga merancang untuk meluaskan akses pengajian pasca siswazah di CEC, UTHM Kluang dengan menggandingkan lebih banyak universiti luar negara terutamanya dari China dan Taiwan dengan UTHM," katanya dalam ucapan perasmian pusat tersebut, baru-baru ini.

Turut hadir, Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Md. Jais Sarday dan Pegawai Daerah Kluang, Abdul Karim Abu Bakar.

Majlis turut menyaksikan pemberian dana untuk pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada 48 pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan pelajar miskin daerah Kluang serta penajaan 31 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti program pengajian dalam Persediaan Diploma.

CEC UTHM yang ditubuhkan pada 17 Julai 2003 menawarkan beberapa program seperti program kursus jangka pendek dan jangka panjang, program eksekutif, program pesisir dan program Peningkatan Kemahiran Industri (INSEP) yang melibatkan aspek teori, amali dan juga kerja lapangan.

Kok Chung menjelaskan, pihaknya bersama UTHM juga merancang untuk menubuhkan program Kejuruteraan Kereta Api di Kluang memandangkan daerah ini mempunyai stesen kereta api yang dapat memenuhi tuntutan pembelajaran dan pengajaran bagi program itu.

Sementara itu, Mohd. Noh Dalimin berkata, bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran sentiasa relevan dengan kehendak industri, pembelajaran sepanjang hayat yang dilaksanakan CEC diterapkan elemen kemahiran insaniah dan kemahiran bahasa Inggeris melalui kursus-kursus dan program yang ditawarkan.

"Program yang ditawarkan setakat ini amat menepati pasaran industri.

" UTHM sentiasa menyokong institusi latihan yang ingin menawarkan program-program berbentuk latihan kemahiran sejajar dengan keperluan industri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.