VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 29/01/2012

Filem porno Indonesia

MAJALAH Time akhir tahun lalu pernah menulis mengenai filem porno Indonesia, Rintihan Kuntilanak Perawan yang dilakonkan oleh pelakon porno Hollywood, Tera Patrick. Filem ini diterbitkan oleh K.K Dheeraj. Siti sebenarnya meragui tujuan Time melaporkan mengenai filem porno di Indonesia, sebuah negara Islam yang paling ramai penduduknya.

Adakah untuk memberitahu dunia bahawa Barat berjaya “mempornokan” industri filem Indonesia? Atau adakah untuk memaparkan “kejayaan” penerbit filem sekular seperti K.K Dheeraj mendepani undang-undang Islam yang dikelaskan sebagai “konservatif” oleh Time?

Walau apa tujuannya sekali pun, Siti suka mengingatkan biarlah kita mengambil iktibar bahawa tidak semua penerbit filem berhati murni. Banyak yang sekadar mengaut duit mudah dan sekaligus meninggalkan tuba seperti membawa masuk pelakon porno di Indonesia.

Industri filem Indonesia pernah menjengah zaman gemilang. Misalnya tahun 1970-an dengan kemunculan pengarah-pengarah muda seperti Teguh Karya, Arifin C. Neor dan banyak lagi. Tapi selepas itu industri filem Indonesia telah “di hantu” dan “dilucahkan” oleh filem-filem seram bertaraf sampah.

Pada abad baru pula, banyak filem-filem hebat dari Indonesia yang juga menjadi fenomena di Malaysia. Tapi dalam pada itu tumbuh pula kelompok penerbit filem yang jadi perosak seperti K.K Dheeraj ini. Di Indonesia, penerbit ini hanya menerbit filem-filem sampah. Penerbit jenis ini di mana-mana negara sekalipun akan dihapuskan, ditentang dan tidak diberi ruang.

Filem Rintihan Kuntilanak Perawan misalnya bertaraf filem porno. Kalau tidak masakan membariskan pelakon porno. Filem lain yang tidak kurang busuk dan hanyirnya ialah Pacar Hantu Perawan.

Siti percaya, keberadaan penerbit beracun seperti ini tidak boleh dikekang dengan adanya undang-undang. Mereka akan melanggarnya, kalau nasib baik terlepas. Kalau nasib tidak baik, kena haram. Tapi haram atau tidaknya sama saja kalau masyarakat tidak menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Kerana itu masyarakat mesti bertanggungjawab menyekat penerbit yang merosakkan masyarakat seperti ini. Caranya dengan memulaukan segala filem-filem beracun yang dihasilkan. Siti tahu, penerbit jenis ini bukannya ada perjuangan apa-apa. Mereka hanya berjuang untuk poket sendiri saja. Jadi, kalau filem mereka tidak ada sambutan, sekali itu sajalah mereka buat.

Masyarakat boleh salahkan kerajaan kerana melepaskan filem jenis ini. Tapi takkan yang menghancurkan diri kita sendiri pun nak tunggu kerajaan bertindak? Kita sendirilah kena bertindak secara berkumpulan.

Siti percaya kalau kita (masyarakat) tidak berbuat sesuatu, tak mustahil pelakon porno Hollywood atau pelakon porno Melayu akan wujud di negara ini. Tak usahlah kerana mahu dianggap berfikiran maju dan terbuka, kita terbuka kepada semua perkara. Lalu kewujudan penerbit beracun seperti di Indonesia mesti ditentang habis-habisan.

SITI JARUM: Sudah lama bertindak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.