VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 29/01/2012

Dasar pengambilan anggota TUDM kekal


RODZALI Daud bersalaman dengan pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 di Kem PLKN Arena Resort, Temerloh, semalam.


TEMERLOH 28 Jan. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan mengubah dasar sedia ada dalam proses pengambilan rekrut dan anggota baru untuk menarik minat bukan Melayu menyertai pasukan itu.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, masalah kekurangan penyertaan bukan Melayu dalam pasukan itu bukannya datang daripada TUDM tetapi berpunca kurangnya minat mereka terhadap kerjaya tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggalakkan bukan Melayu menyertai pasukan pertahanan negara dengan mempromosikan kerjaya dalam pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meliputi Tentera Darat, TUDM dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

''Masalah yang timbul ialah bukan sahaja mereka tidak berminat dalam TUDM tetapi turut meliputi hampir keseluruhan pasukan beruniform seperti polis, bomba, kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sebagainya.

''TUDM tidak akan mengubah dasar atau melonggarkan proses pengambilan rekrut dan pegawai baru. Sebaliknya mereka yang berminat menyertainya perlu mengikut prosedur sedia ada kerana ia telah lama dipraktikkan sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pembukaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 di Kem PLKN Arena Resort, dekat sini semalam.

Menurut Rodzali, salah satu pendekatan yang akan diperkenalkan bagi menarik minat golongan pelajar termasuk bukan Melayu ialah melalui Program Aviasi dengan dimulakan di peringkat pelajar sekolah menengah.

Jelasnya, program itu yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih dan yang berada berhampiran dengan Pangkalan TUDM di seluruh negara tidak lama lagi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.