VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 29/01/2012

Pemberian BR1M tanda kerajaan hargai rakyat

MARAN 28 Jan. - Penyaluran dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah agenda nasional bagi menghargai sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, BR1M membantu golongan berpendapatan rendah memperoleh wang tunai bagi tujuan membeli pelbagai keperluan harian.

Namun, katanya, seperti biasa pembangkang mempertikai dan memfitnah kerajaan bahawa pemberian BR1M untuk menagih simpati rakyat dan untuk memancing undi.

"Pemberian tersebut melibatkan 360 penerima," katanya pada majlis penyerahan BR1M Parlimen Maran peringkat DUN Chenor Siri 2 di Dewan Pekan Awah, di sini semalam.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tohmahan pembangkang itu kerana ia bermotifkan politik dan terbukti kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk memberi RM500 kepada mereka yang layak.

Sementara itu, Anggota Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, kepimpinan negara telah menangani pelbagai masalah secara bijaksana sehingga ekonomi negara terus berkembang secara positif.

Katanya, kemantapan ekonomi negara turut mempengaruhi pendapatan berkapita negara yang secara langsung disalurkan semula kepada rakyat. — BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.