VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/01/2012

Sekolah agama asrama penuh di Putrajaya

PUTRAJAYA 27 Jan. - Sebuah sekolah agama berasrama penuh dengan kemudahan 25 buah bilik darjah membabitkan kos pembinaan RM55 juta bakal dibina di tapak seluas 1.6 hektar di Presint 11 di sini tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya yang baru itu mampu menempatkan 750 pelajar itu akan memberi kelegaan kepada lebih 217 pelajar tingkatan satu dan dua yang kini terpaksa menumpang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (2).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya telah bersetuju memohon kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk melaksanakan projek tersebut dalam permulaan ketiga Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Saya berharap dengan kemudahan ini nanti pelajar kita di kalangan anak-anak Islam dapat belajar dengan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat khas UMNO Bahagian Putrajaya di sini, hari ini.

Pada masa ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya menumpang di SMK Putrajaya Presint 11 (2) dan sejak dibuka pada 4 Januari tahun lalu, bilangan pelajarnya semakin meningkat tahun ini.

SMKA Putrajaya akan dibina di atas tanah milik Kementerian Pelajaran di Jalan P11C, Presint 11.

Menurut Muhyiddin, sekiranya terdapat permintaan tinggi daripada ibu bapa untuk menempatkan anak mereka di sekolah tersebut, sekolah baru akan dibina mengikut keperluan dan kehendak semasa.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin turut mengumumkan Pejabat Pelajaran Putrajaya akan dinaik taraf sebagai Jabatan Pelajaran Putrajaya seperti di Wilayah Persekutuan dalam tempoh terdekat.

"Jabatan Pelajaran Putrajaya akan ada pengarahnya sendiri dan kita akan laksanakan secepat mungkin," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.