VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 20/01/2012

Jadikan pertukaran kad pengenalan sebagai 'wajib ditukar'

KEPRIHATINAN kerajaan Malaysia membuat keputusan pembaharuan ke atas aset paling penting bagi setiap individu dan warganegara ialah penukaran kad pengenalan baru yang lebih berkualiti dan tahan lasak patut disokong.

Ini adalah kerana kualiti kad pengenalan lama atau MyKad mudah rosak dan sukar untuk dibaca apabila berurusan dengan pihak bank dan di jabatan-jabatan kerajaan. Kadang-kadang, penggunaan kad pengenalan lama memerlukan masa yang agak lama untuk dibaca oleh alat pembaca kad pengenalan tersebut.

Ia boleh membuatkan suasana menunggu menjadi semakin lama atas masalah yang dihadapi oleh sesetengah pelanggan.

Ada masa secara tiba-tiba kad pengenalan lama tidak boleh dibaca dan menimbulkan masalah. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah terpaksa ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan untuk mendapatkan surat pengesahan sah bagi kad pengenalan tersebut.

Tindakan kerajaan menukar syarikat pembekal kad pengenalan lama kepada syarikat baru amat wajar dilaksanakan segera sebelum kad pengenalan lama yang mudah dipalsukan dan tidak terkawal. Masalah ini boleh kita lihat daripada laporan-laporan media.

Saya pernah lihat sendiri apabila seorang 'warga' yang amat diragui kewarganegaraannya memegang kad pengenalan bermutu tinggi. Nasib baik sistem pengesan di bank tersebut dapat mengetahui kad pengenalan tersebut adalah palsu. Bila diteliti kad pengenalan 'palsu' tersebut, ia memang seakan-akan tulen sehingga tidak nampak cacat-celanya.

Yang menakutkan ialah apabila ditanya kepada pegawai bank tersebut tentang kewujudan kad pengenalan palsu, jawapannya, "ia sudah banyak kali berlaku dan berlaku hampir setiap bulan."

Apakah ini tidak menakutkan kita jika pemegang kad pengenalan palsu itu membuat apa-apa urusan dengan menggunakan kad pengenalan tersebut sehingga boleh memudaratkan warganegara yang lain?

Jadi, keputusan segera kerajaan memilih syarikat pembekal yang baru untuk menukar jenis kad pengenalan, dengan harapan ia tidak melakukan kesalahan yang sama. Malah mengetatkan lagi keselamatan yang sepatutnya ada pada setiap kad pengenalan bermutu tinggi ini.

Pastikan apa yang dijanjikan oleh syarikat pembekal baru itu kepada kerajaan untuk memberikan serta membekalkan mutu kad pengenalan yang terbaik, ditunaikan. Kepercayaan rakyat sebelum ini terhadap cip dan kad keselamatan diri pada kad pengenalan sedia ada ini telah pudar kerana kualiti dan mutu kad yang dibekalkannya.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjadikan pertukaran kad pengenalan lama kepada kad pengenalan baru sebagai 'wajib' untuk ditukar.

Ini kerana, kad pengenalan lama 'palsu' amat mudah diperolehi sebelum ini dan jika pertukaran ini menjadi wajib, saya amat yakin masalah penipuan dokumen diri dan pengeluaran kad pengenalan palsu dapat diatasi segera.

Jika sebelum ini kad pengenalan lama telah dijanjikan 'ia' pelbagai guna sehingga boleh dijadikan juga kad ATM bank 'tetapi sebaliknya yang berlaku', ia tidak berlaku kepada kad pengenalan yang baru ini.

Melihat kualiti kad tersebut yang dimiliki oleh kawan-kawan yang telah pun menukarnya, saya amat yakin terhadap mutu dan kebolehgunaan kad tersebut seperti yang diuar-uarkan. Malah, ia lebih tebal dan tidak mudah untuk dipatahkan malah coraknya pun lebih menawan dan memberikan keyakinan kepada pemegang kad pengenalan tersebut.

Semoga kad pengenalan bermutu tinggi yang baru ini dapat menjadi kad pelbagai guna dan lebih tahan lasak berbanding dengan kad yang lama. Sekurang-kurangnya kini kerisauan saya terhadap benda yang paling berharga ini lebih bernilai pada mata masyarakat.

Saya mengharapkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara akan menyediakan pegawai yang mencukupi dan membuka kesemua kaunter yang ada bagi menerima kunjungan rakyat yang ingin menukar kad pengenalan baru ini tanpa perlu menunggu dalam jangka waktu yang lama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.