ARKIB : 20/01/2012
Awi Rafael jelas isu tatu
TERNYATA sentuhan muzik anak muda ini mendapat tempat di hati peminat muda di negara ini. Tidak cukup dengan hanya menyanyi, bakat yang baru dikenali itu juga sebenarnya merupakan seorang komposer. Dia juga lebih senang sekiranya memilih untuk menyanyikan lagu hasil karyanya sendiri.
Bukan mahu tunjuk bagus, namun pemilik dan penyanyi lagu Pulanglah, Awi Rafael memberitahu, tidak salah andai dia menyanyikan lagu hasil ciptaan sendiri yang disifatkan lebih serasi dengan suaranya.
"Sejak dahulu saya mahu menjadi seorang penyanyi dan komposer.
"Kini bila mempunyai peluang, sudah tentu saya mahu merealisasikan impian untuk menyanyikan lagu dari hasil karya saya sendiri.
"Mungkin ini merupakan percaturan yang baik untuk karier saya juga kerana lagu-lagu saya kini diterima baik peminat di negara ini," katanya yang ditemui di Subang Jaya, baru-baru ini.
Sering dilihat memakai jaket, timbul pula isu yang mengatakan Awi Rafael kini menyembunyikan sesuatu di sebalik imej pakaiannya itu. Lebih teruk lagi apabila Awi Rafael dikatakan mahu menyembunyikan tatu di tubuhnya.
"Saya memang suka pakai jaket. Ini merupakan imej yang saya mahu bawa sebenarnya.
"Dakwaan terdapat tatu di tubuh saya tidak benar. Bagaimanapun memang saya sedang menyembunyikan sesuatu di sebalik jaket ini, iaitu bekas kecederaan yang dialami sewaktu terlibat dalam kemalangan pada awal Ogos tahun lalu," jelasnya.
Menurut Awi, dia langsung tidak terkilan dengan dakwaan liar sesetengah pihak itu.
Malah itu merupakan antara cabaran yang perlu di hadapi sebagai seorang anak seni.
"Saya tidak akan cepat melatah dengan dakwaan-dakwaan sebegini. Bagi saya, ia hanya mahu menjatuhkan saya.
"Apa yang paling penting kini adalah kepercayaan peminat terhadap saya, dimana melalui kepercayaan yang tidak berbelah bahagi ini saya akan terus menghasilkan muzik yang lebih baik pada masa hadapan," katanya.
Mahu jadi rakyat Malaysia
Merupakan anak kelahiran negara jiran Singapura, menurut Awi dia sebenarnya mahu mengubah status warganegara untuk menjadi rakyat Malaysia.
"Saya sebenarnya lebih dekat dengan Malaysia, walaupun dibesarkan di Singapura.
"Malah ibu sendiri merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Johor," katanya.
Menurut Awi lagi dia berharap agar menemui cinta dengan gadis di negara ini dan tidak keberatan untuk berkahwin bagi memperoleh taraf kerakyatan sah untuk tinggal di Malaysia.
"Saya mahu berkahwin dengan gadis Malaysia dan seterusnya memohon untuk menjadi warganegara di negara ini.
"Mungkin ini masa yang sesuai untuk saya juga mencari peneman hidup, ini kerana umur saya kini juga sudah menjangkau ke angka 27," katanya berseloroh.
Pernah melalui pelbagai keperitan untuk bergelar seorang penyanyi, menurut Awi di kini lebih menghargai peluang yang diberikan kepada dirinya. Harapannya kini hanya satu iaitu untuk terus berkarya.
"Rasanya cukup lama saya mencuba berada di mana saya berada kini, akhirnya kini saya berjaya mencapai impian itu.
"Saya sudah tidak mahu menoleh ke belakang lagi, apa yang penting kini adalah untuk terus mengecapi apa yang selama ini saya kejar dahulu," katanya.
Diboikot media?
Debaran konsert
Mizz Nina cemerlang!
Akademi Fantasia kembali
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









