ARKIB : 14/01/2012
Tindakan tegas jika peniaga ambil kesempatan
BINTULU 13 Jan. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012.
Ketua PPDNKK Bintulu, Mohamad Drahman berkata, sepanjang skim berkenaan dikuatkuasakan, pihaknya akan melakukan pemantauan rapi di sekitar bandar ini serta pekan-pekan kecil bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati.
Selain itu tegas beliau, peniaga hendaklah mematuhi peraturan termasuk mempamerkan tanda harga pada setiap barang jualan serta menggunakan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan terkawal.
"Kita tahu menjelang musim perayaan, peniaga akan cuba mengaut keuntungan lebih termasuk menjual harga barang terkawal melebihi harga yang ditetapkan.
"Pemeriksaan mengejut akan dijalankan termasuk di daerah-daerah kecil seperti Sebauh serta Tatau dan mana-mana peniaga yang didapati gagal mematuhi peraturan akan dikompaun sehingga RM25,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada sidang akhbar itu, PPDNKK Bintulu turut mengumumkan senarai 12 barang-barang terkawal sempena Tahun Baru Cina yang akan bermula pada 19 hingga 30 Januari ini.
Antaranya adalah ayam hidup yang ditetapkan pada harga RM6.70 sekilogram, ayam standard (RM8.50) dan ayam super (RM9.50) manakala harga telur ayam gred A adalah 36 sen sebiji, gred B (35 sen) dan gred C (34 sen).
Sementara itu, harga yang ditetapkan untuk kubis bulat import adalah RM3 sekilogram, bawang putih (RM4) manakala daging babi bahagian perut (RM18), bahagian isi, daging dan lemak (RM17).
Turut disenaraikan adalah ikan bawal putih berat antara 200 hingga 400 gram seekor yang ditetapkan pada harga RM35 manakala udang putih besar berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram (RM35).
Sebarang pertanyaan atau aduan orang ramai menghubungi PPDNKK Bintulu di talian 086-332176.
Rohani sedia galas tanggungjawab demi kebajikan rakyat
NGO mahu program transformasi tercapai
e-kasih catat 95% keluar paras miskin
Pilihan tepat, penuhi keperluan
Harapan penduduk Kota Belud terhadap Abdul Rahman
Budaya menabung jamin masa hadapan
Warga DBKK perlu beri perkhidmatan terbaik
PDK Sarawak dapat RM9.6 juta
BN sedia hadapi Pilihan Raya Sarawak
UMS perkenal kursus berkaitan gas, minyak
Dasar sukan untuk semua
Kursus, latihan peluang rakyat tingkatkan kemahiran - Rosey
PIHex catat jualan hartanah RM90 juta
Miri di landasan betul jadi bandar peranginan terkemuka - Abang Johari
25 kertas kerja berjaya dibentang
Program motivasi kecemerlangan, kepemimpinan diri UMS capai sasaran
6 transformasi sektor pertanian
Elaine cemerlang walaupun berdepan kesempitan wang
RM4b laksana 1,017 projek
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









