VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
LAPORAN KHAS

ARKIB : 12/01/2012

Murah kerana kos iklan, bungkus rendah - Mydin

Kuala Lumpur 11 Jan. - Tidak hanya membawa manfaat kepada penduduk di bandar, pembukaan kedai Kedai Rakyat 1Malaysia juga sebenarnya membawa rahmat kepada peruncit lain.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kedai tersebut adalah daya penarik bagi pelanggan mengunjungi sesuatu lokasi sekali gus mewujudkan suasana persaingan sihat antara peniaga-peniaga di situ.

''Apabila sudah menjadi lokasi tumpuan, peluang ini harus diambil peruncit lain misalnya menjual barangan yang tiada dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia seperti barangan basah.

''Mereka perlu menganggap ini sebagai cabaran kerana jika tiada Kedai Rakyat 1Malaysia dibuka pun, kedai-kedai lain tetap akan masuk sebagai pesaing mereka,'' katanya ketika dihubungi di sini, baru-baru ini.

Menurut Ameer, anggapan barangan murah yang dijual di kedai itu tidak berkualiti adalah sesuatu yang tidak benar.

''Produk 1Malaysia murah disebabkan tiada kos pengiklanan serta kos pembungkusan yang tinggi di samping itu, barangan ini pula diambil daripada pembekal Mydin sendiri.

''Oleh itu, kita mampu meletakkan harga 30 hingga 50 peratus lebih murah daripada barangan berjenama kualiti sama,'' katanya.

Ditanya mengenai keuntungan dan masa depan kedai tersebut, Ameer menjelaskan, walaupun tidak membawa keuntungan, namun kedai tersebut sentiasa 'balik modal'.

''Apabila balik modal, kita tidak rugi dan bolehlah kekal lama dalam pasaran ini, seterusnya membantu meringankan beban rakyat,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.