VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 11/01/2012

AmTakaful mula operasi perniagaan takaful keluarga

KUALA LUMPUR 10 Jan. - AmFamily Takaful Bhd. (AmTakaful) akan memulakan operasi perniagaan takaful keluarga berkuatkuasa pada hari ini selepas menerima lesen menjalankan operasi itu daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

AmTakaful merupakan kerjasama antara AmBank Group dan Friends Life Group dari United Kingdom (UK).

Pengerusi AmBank Group, Tan Sri Azman Hashim berkata, kadar penembusan pasaran bagi perniagaan takaful keluarga di Malaysia masih rendah dan ia memberi peluang perniagaan yang luas.

''Dengan gabungan kepakaran AmBank dan Friends Life Group serta prinsipal dan nilai syariah, AmTakaful akan memperkenalkan pelbagai penyelesaian takaful keluarga untuk memenuhi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia.

''Ia adalah sejajar dengan usaha BNM dalam mempromosi kewangan Islam sebagai tambahan pilihan kepada pelanggan dalam memenuhi keperluan perkhidmatan kewangan mereka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini

Sementara itu, Pengarah Urusan Friends Life International, John Van Der Wielen berkata, perkembangan ini menandakan permulaan menarik kepada kedua-dua syarikat.

AmTakaful akan diterajui oleh Wan Zamri Wan Zain sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan, pelaburan, insurans dan takaful.

Wan Zamri berkata, AmTakaful dapat meningkatkan objektif strategik dalam penawaran pelbagai produk penyelesaian kewangan Islam terutama dalam perkhidmatan pengurusan harta.

''Melalui Friends Life Group, kami juga mempunyai akses kepada kepakaran antarabangsa dalam membantu memperkenalkan produk komprehensif dan membantu AmTakaful menjadi pengendali takaful keluarga pilihan rakyat Malaysia,'' jelasnya.

Pejabat AmTakaful terletak di Tingkat 12 Bangunan AmAssurance, No. 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.