VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 11/01/2012

Zakiah seronok berniaga


Zakiah berbangga kerana Slimlife Heaven kini telah mempunyai lima cawangan.


SEINGAT Datin Sri Zakiah Mat Yusof, sejak kecil, remaja sehingga mendirikan rumah tangga, beliau tidak pernah kurus.

Tubuh badannya sentiasa berisi sehinggakan beliau tidak pernah terfikir akan memiliki bentuk badan yang langsing dan ramping seperti selebriti.

Apatah lagi setelah melahirkan anak, bagi beliau mustahil untuknya menjadi kurus.

Melihat wanita-wanita lain yang memiliki bentuk badan yang cantik, hatinya dihambat rasa cemburu dan tertanya-tanya mengapa dia tidak boleh menjadi kurus seperti mereka.

Iklan-iklan di media elektronik dan cetak yang menunjukkan rawatan pelangsingan membuka hatinya untuk mencuba.

Lantas beliau mendaftarkan diri di sebuah pusat pelangsingan bagi menjalani rawatan.

Ternyata rawatan intensif yang diikuti berjaya menurunkan berat badannya dan tubuhnya menjadi langsing.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu beliau hamil semula dan berat badannya kembali bertambah.

Selepas hamil, beliau berazam semula untuk menurunkan berat badannya.

''Dahulu berat badan saya mencecah 80 kg (kilogram) dan sekarang telah turun menjadi 55 kg. Melalui pengalaman itu saya mengambil keputusan untuk membuka pusat pelangsingan sendiri,'' kata Zakiah, 39 , selaku pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Slimlife Heaven.

Beliau yang sebelum itu telah memulakan beberapa perniagaan lain seperti kedai bunga, butik pakaian dan kedai barangan majlis, percaya perniagaan pusat pelangsingan dapat memberikan pulangan memuaskan jika hasilnya menggembirakan pelanggan.

''Pelanggan yang berpuas hati pasti akan datang semula atau memberitahu pula kepada rakan-rakan lain.

"Promosi dari mulut ke mulut ini lebih berkesan kerana mereka telah mengalami sendiri rawatan yang diberikan.

''Setiap wanita memang mengidamkan bentuk badan yang langsing, cantik dan menarik. Terdapat wanita yang sukar menurunkan berat badan walaupun telah melakukan pelbagai usaha bersendirian.

''Di sinilah peranan pusat pelangsingan yang dapat memberikan program dan rawatan yang lebih berkesan bagi membantu wanita yang benar-benar langsing.

''Slimlife Heaven menawarkan lebih daripada 30 jenis program pelangsingan yang disesuaikan dengan seseorang pelanggan,'' ujar ibu kepada empat orang anak, Muhammad Naufal, 14, Nur Nisa, 11, Muhammad Naseem, 8, dan Nur Nyra, 4.

Mula beroperasi pada tahun 2010, sehingga kini Slimlife Heaven telah mempunyai lima cawangan termasuk di Ampang Hilir, Melawati, Kota Damansara, Shah Alam dan Bangi.

Menurut Zakiah, beliau seronok berniaga kerana ada sesuatu yang boleh dibuat dan bukan setakat duduk di rumah sahaja.

Lagipun beliau mendapat sokongan padu daripada suami, Datuk Seri Mohd Hizal Othman yang juga seorang ahli perniagaan mengimport kereta mewah.

Kebanyakan pelanggan Zakiah terdiri daripada wanita Melayu yang rata-ratanya pelanggan tetap.

Beliau mengakui pernah jatuh bangun dalam perniagaan termasuk menutup kedai bunganya, namun galakan daripada pelanggan membuatkannya membuka semula kedai tersebut.

Zakiah yang berkelulusan Ijazah Juruukur Bahan dari Universiti Glasgow Caledonians, Scotland menambah, sambutan yang baik membuatkannya terfikir untuk membuka cawangan di negeri-negeri lain di Malaysia.

''Tidak dinafikan cabaran dalam perniagaan memang banyak.

"Namun dalam perniagaan pusat kecantikan ini tiada saingan kerana Slimlife Heaven merupakan satu-satunya rangkaian spa yang besar,'' kata beliau yang memulakan perniagaan dengan modal sendiri.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.