VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 11/01/2012

Tidak setuju persaraan pekerja swasta 60 tahun

SAYA ingin menyentuh mengenai cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk meningkatkan umur persaraan pekerja swasta daripada 55 kepada 60 tahun. Saya kurang bersetuju dengan langkah tersebut. Langkah sedemikian membawa banyak implikasi buruk berbanding yang baik.

Peningkatan umur persaraan ke 60 tahun boleh meningkatkan kadar pengangguran di Malaysia. Setiap tahun negara ini melahirkan ratusan ribu bakal tenaga kerja sama ada berijazah mahupun tidak.

Ke manakah mereka ini akan pergi jika pekerja-pekerja veteran masih meneruskan tugas mereka untuk lima tahun lagi?

Umum mengetahui bahawa pekerja sektor swasta terpaksa mengekalkan prestasi kerja pada setiap masa, malah mereka juga lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja berbanding di rumah kerana setiap kerja mesti diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan.

Tekanan yang dihadapi juga tidak pernah berkurang lantaran prestasi mereka menentukan kelayakan untuk mendapat kenaikan gaji, bonus mahupun mengekalkan jawatan.

Jadi peningkatan umur persaraan ke 60 tahun akan meningkat dan memanjangkan lagi bebanan yang terpaksa ditanggung.

Ironinya, kerajaan berusaha untuk membendung gejala sosial yang semakin berleluasa. Faktor-faktor penyebab yang dikenal pasti termasuklah kurangnya peranan ibu-bapa dalam pendidikan anak-anak.

Bagi pekerja swasta, faktor masa amat terhad, ditambah pula dengan faktor-faktor seperti kesesakan lalu lintas, masa untuk mereka berada di rumah amatlah sedikit. Mereka terpaksa keluar bekerja sebelum anak-anak bangun, dan pulang ke rumah semasa anak-anak hampir lena.

Lanjutan umur bersara ke 60 tahun pasti menghalang peluang untuk mereka bersama anak-anak semasa usia perkembangan mereka.

Secara umumnya semakin bertambah usia seseorang, semakin lemahlah fizikalnya. Walaupun tidak dinafikan ramai yang masih kuat dan mampu bekerja melepasi usia 55 tahun, secara umumnya prestasi kerja akan menurun apabila seseorang semakin lanjut usianya.

Jadi, memaksa mereka terus bekerja sedangkan prestasi semakin menurun boleh membebankan bukan saja pekerja, malah syarikat yang menggaji mereka.

Memang tidak dinafikan pengalaman kerja sangat mustahak terutama dalam sektor swasta. Tetapi setiap pekerja bermula dengan kosong. Jadi jika langkah meningkatkan usia persaraan ini dilaksanakan, bakal-bakal pekerja tidak dapat memulakan 'pengalaman' mereka seawal mungkin, malah terpaksa menunggu lima tahun sebelum dapat mengecap pengalaman baru.

Pada saya, langkah yang lebih wajar adalah membenarkan syarikat- syarikat swasta memilih sendiri individu-individu yang layak meneruskan perkhidmatan selepas usia 55 tahun dan memberikan pilihan sendiri kepada para pekerja menentukan matlamat persaraan mereka.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.