VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 10/01/2012

Kahwin warga asing: Harus daftar perkahwinan dengan JPN

10/01/2012 7:19pm

GEORGETOWN 10 Jan. - Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Katanya, menurut statistik perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lebih daripada 10 peratus perkahwinan berdaftar melibatkan perkahwinan dengan warga asing.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Jonathan Loo Shon Sheuan, 15, di sini hari ini, beliau berkata, statistik itu menunjukkan setiap 10 perkahwinan berdaftar, terdapat lebih daripada satu pasangan melibatkan warga asing.

"Antara warga negara asing yang banyak berkahwin dengan warga tempatan termasuklah dari Vietnam, Indonesia dan China, katanya.

Beliau berkata sekiranya perkahwinan itu tidak berdaftar atau anak dilahirkan sebelum pendaftaran perkahwinan, anak yang dilahirkan itu akan mengikut kewarganegaraan ibu. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.