VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 07/01/2012

Abd. Malik kini CO Batalion 6 Pasukan Gerakan Am

MUAR 6 Jan. - Supritendan Abd. Malik Abd. Rahman dilantik sebagai Pegawai Memerintah (CO) Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, berkuat kuasa kelmarin bagi menggantikan Deputi Supritendan Rosli Md. Yusof yang memangku jawatan itu sejak lebih sebulan lalu.

Majlis penyerahan tugas dilakukan di markas tersebut di sini dengan disaksikan oleh Komander Briged Tengah PGA, Datuk Mohd. Rodzi Ismail dan timbalannya, Asisten Komisioner Junaid Zakaria.

Rosli dalam ucapannya menyatakan terima kasih dan penghargaannya kepada semua warga kerja PGA Bakri yang banyak membantunya dan berharap kebajikan mereka akan terus dijaga.

Beliau akan bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Rosli memangku jawatan itu setelah penyandangnya, Supritendan Syed A. Wahab S. Majid meninggal dunia pada 8 November lalu.

Sementara itu, Abd. Malik berkata, beliau berharap dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik menerusi kerjasama warga PGA di batalion tersebut.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.