VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/01/2012

Gerakan Kesederhanaan Global platform kestabilan politik, keamanan sejagat

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) merupakan pendekatan yang perlu diterapkan di semua negara bagi memastikan kelangsungan kestabilan politik dan menjamin keamanan sejagat.

Bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Razali Ismail berkata, GMM merupakan platform penting untuk menarik perhatian dunia mengenai pendekatan kesederhanaan yang diambil oleh Malaysia serta penerapannya dari sudut politik, ekonomi, keadilan sosial dan pendidikan.

"Saya menyokong penuh Gerakan Kesederhanaan Global ini dan ia merupakan sesuatu yang kita perlu lakukan.

"Saya percaya matlamat ini dapat dicapai dan yakin masyarakat di seluruh dunia mahu ia dicapai," kata bekas Utusan Khas PBB ke Myanmar itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan pelantikannya sebagai Penasihat Persidangan Antarabangsa GMM pada 17 hingga 19 Januari ini.

Persidangan yang mengambil tempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu merupakan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-65 yang menyeru pemimpin dunia menolak fahaman ekstrem dengan menyertai "gerakan kesederhanaan".

Sementara itu, Pengarah Persidangan Antarabangsa GMM, Khalek Awang memberitahu, persidangan anjuran Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berjaya menarik penyertaan 300 delegasi dari 60 negara yang mengumpulkan pemimpin serta pemikir utama dunia.

Kata beliau, antara yang bakal hadir ialah bekas penasihat kepada Presiden Amerika Syarikat, Dr. Robert Farooq Dickson; Pengerusi Cordoba Initiative, Imam Faisal Abdul Rauf serta Ahli Keluarga Diraja Fujairah dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mejren Sultan Al-Murray.

Menurut Khalek, seramai 47 penceramah dari 20 negara akan membentangkan kertas kerja pada persidangan tersebut termasuk bekas Naib Presiden Indonesia, Drs. Jusuf Kalla; bekas Presiden Singapura, S. Jayakumar; Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa serta Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan.

"Beberapa tokoh utama lain juga akan berucap pada persidangan itu termasuk Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selain Perdana Menteri sendiri," kata beliau.

Menurutnya, persidangan itu akan mengupas mengenai aspek kesederhanaan menerusi 13 topik berkaitan termasuk kewangan global, keamanan sosial dan polisi luar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.