VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 01/01/2012

Penganjur bertindak melampau edar risalah di masjid


Budiman Mohd. Zohdi (depan, lima dari kiri) bersama ahlinya membuat laporan polis menentang Kempen Bebaskan Anuar 901' di pekarangan Balai Polis Sabak Bernam, semalam.


SHAH ALAM 31 Dis. - Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar menyifatkan pihak yang menganjurkan 'Kempen Bebaskan Anwar 901' sebagai melampau apabila menjadikan masjid sebagai tempat mengajak orang ramai menyertai perhimpunan haram.

Ketuanya, Budiman Mohd. Zohdi berkata, perkara itu dikesan berlaku di masjid-masjid di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Kata beliau, pihaknya kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan poster serta risalah kempen tersebut yang jelas bermotifkan politik.

"Tindakan ini melampau. Masjid adalah tempat untuk umat Islam beribadat bukannya menyebarkan dakyah politik apatah lagi menghasut orang ramai mengadakan perhimpunan haram.

"Kita anggap ini satu bentuk pencemaran terhadap institusi masjid kerana tindakan menyebarkan poster dan risalah kempen itu sebenarnya untuk tujuan politik, memecahbelahkan umat, membelakangkan undang-undang," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Budiman bersama-sama 30 ahli pergerakan itu turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kira-kira pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur Kempen Bebaskan Anwar 901 yang banyak menyusahkan rakyat.

"Bayangkan sekiranya perhimpunan haram diadakan berapa banyak rakyat akan menerima kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu," ujarnya.

Setakat ini, sebanyak 50 laporan polis telah dibuat di Selangor bagi meminta polis menyiasat, mencegah dan mengambil tindakan terhadap penganjuran kempen tersebut.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.