VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 30/12/2011

Analisis sikap pengundi perlukan kajian menyeluruh

PADA malam tanggal 7 Mac 2008 salah seorang bekas Yang Berhormat (YB) yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 (2004) dengan majoriti sebanyak 17,500 bersalaman dengan calon pengganti beliau. Dengan penuh yakin beliau berkata dalam bahasa Inggeris; "Not to worry Datuk, you are safe because if you loose by 50% of my majority also you will still win." Itu adalah perkiraan matematik mudah menggambarkan keintelektualan beliau.

Rupa-rupanya langit tidak selalu cerah. Teh tarik di restoran mamak di utara tanah air pada tengah hari 8 Mac 2008 itu merupakan teh tarik yang terakhir seorang YB.

Tempahan secara diam-diam puluhan meja di salah sebuah hotel terkemuka yang kononnya untuk meraikan kemenangan pada 9 Mac 2008 secara besar-besaran terpaksa dibatalkan walaupun cengkeram sudah dibayar.

Mimpi negeri menjadi realiti. Calon yang kalah menjadi mamun (bahasa Kedah) atau mengigau seperti baru bangun dari lena panjang. Di mulutnya sentiasa melafazkan "I am ok, I can take It, no problem" tetapi realitinya ungkapan itu hanyalah untuk menyedapkan hati sendiri yang ternyata kecewa.

Episod duka ini merupakan sedutan daripada beribu lagi episod di sebalik tabir ketika dilanda ledakan tsunami politik 2008 di Kedah dan negeri-negeri yang Barisan Nasional (BN) kecundang. Apabila menoleh kembali, yang sebenarnya kemenangan besar pilihan raya 2004 disambut dengan kejadian tsunami yang amat dahsyat pada tahun itu juga sehingga mengorbankan ribuan nyawa.

Pilihan Raya Umum 2008 telah mengubah banyak landskap politik negara selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan seperti juga tsunami yang mengubah Aceh, Indonesia dan Kota Kuala Muda, Kedah.

Perubahan yang amat ketara ialah sikap, corak dan tingkah laku pengundi. Sikap pegundi Melayu, sikap pengundi Cina, sikap pengundi India dan sikap pengundi muda telah berubah sama sekali.

Menurut Buku Panduan Jentera Pilihan Raya yang diterbitkan oleh Biro Latihan dan Keahlian UMNO Malaysia tahun 2008, kajian sikap diletakkan di bawah salah satu portfolio penting jentera pilihan raya setiap kali pilihan raya umum iaitu K10 atau Ketua Rumah 10.

Kelazimannya tugas tersebut di bawah Pergerakkan Wanita UMNO bahagian di dalam kawasan daerah mengundi tersebut.

Buku panduan tersebut juga menggariskan di antara skop tugas utama K10 ialah mendapatkan maklumat berhubung sikap serta mirip pengundi. Gerak kerja membanci sikap pengundi ini dilakukan secara berterusan dan berkala sebelum penamaan calon, semasa berkempen dan pada hari mengundi.

Wanita diberikan peranan ini memandangkan sifat-sifat mesra kewanitaan, sifat keibuan, kelembutan, kematangan dan imej yang dihormati di mana pendekatan melalui sifat-sifat ini dikira dapat mempengaruhi pengundi untuk memangkah BN semasa hari pembuangan undi kelak.

Di antara faktor lain ialah wanita juga dilihat selalu berada di rumah dan mereka boleh masuk sehingga ke dapur di samping berkeupayaan membaca body language dan umumnya sifat semula jadi wanita yang pandai merayu dan memujuk.

Data-data dan analisis bancian sikap pengundi ini adalah sulit dan terhad. Ia dikawal dan ditutup rapi dengan kain kerana maklumat ini adalah "rahsia" besar ditakuti jatuh ke tangan parti lawan. Ia akan diselak dan diberi taklimat kepada calon yang bertanding semasa calon berkenaan membuat lawatan ke bilik-bilik gerakan.

Calon akan tersenyum lebar apabila melihat garisan graf putih lebih tinggi daripada garisan graf hitam. Jika terdapat garisan graf kelabu lebih tinggi, perayu-perayu undi K10 diasak supaya "menggoda" pengundi untuk menyokong agar garisan graf putih mencanak naik.

Calon yang rajin akan membuat lawatan susulan pada pusingan kedua, ketiga dan seterusnya, apa pun bergantung sejauh mana kerajinan calon tersebut.

Sejauh mana kejituan dan kejujuran data-data sikap pengundi ini diperolehi sentiasa boleh dicabar malah silap haribulan ia boleh mencetuskan perdebatan dan berakhir dengan suasana yang tidak harmoni.

Jika nasib tidak baik ia akan berkesudahan dengan suasana tegang dan emosional sehingga mengakibatkan jawatankuasanya merajuk kerana merasakan penat lelah mereka tidak dihargai.

Umumnya begitulah tugas-tugas kajian sikap pengundi yang dinyatakan di dalam buku panduan tersebut dan menjadi standard operating procedure setiap kali pilihan raya.

Kedinamikan perkembangan maklumat mengakibatkan pendekatan dahulu yang mungkin berkesan dengan sekelip mata telah menjadi lapuk pada hari ini.

Pendekatan kajian sikap seharusnya berjalan berterusan dan kajiannya harus mendalam. Parti pembangkang telah mengimport pendekatan-pendekatan liberalisasi, hak kemanusiaan dan menanam berbagai-bagai persepsi untuk mencorak sikap pengundi.

Mereka cuba mewujudkan branding atau penjenamaan terhadap BN dan UMNO. Pengundi diasak dengan persepsi UMNO adalah parti elitis, kerakusan kuasa dan penuh birokrasi.

Contohnya pengikut-pengikut Pas telah diwayangkan dengan momokan takut kepada UMNO melebihi takutnya kepada DAP.

Apabila menyedari kekuatan penjenamaan, Pas sedang berhempas pulas mengikis jenama ekstremisme dan talibanisme. Parahnya imej Pas ini sehingga mereka mengambil racun sebagai penawar.

Ini jelas terbukti dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad di dalam Utusan Malaysia 21/12/2011 bahawa "DAP telah membebaskan Pas daripada imej ekstremis, pelampau, nak potong tangan orang dan paksa orang masuk Islam dan Pas telah membebaskan DAP daripada imej chauvinis" .

Yang sebenarnya bukan setakat penjenamaan yang mereka terap tetapi amalan inilah yang mereka laksanakan sehingga membawa kejayaan menawan Terengganu satu ketika dahulu.

Dalam perkembangan yang sama DAP pula jelas memperalatkan Pas supaya dilihat dari kaca mata orang Melayu bahawa mereka tidak chauvanis. Malah DAP juga cuba "mencantas" kepala Pas dengan ura-ura ingin meletakkan calon-calon Melayu di kawasan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengikut perkiraan matematik mudah tahun 2012 merupakan tahun berhadapan dengan pilihan raya dan dalam menghadapi PRU13 ini kajian sikap seharusnya dikaji dengan mendalam dan tidak bermusim.

Realitinya sikap pengundi banyak dibentuk oleh persepsi , Mark Philips bekas petugas CIA pernah menulis "bahawa peperangan itu bukannya kemenangan di medan perang tetapi kemenangan untuk menguasai minda manusia."

Rumusannya winnable candidate bukan setakat sikap calon terhadap pengundi tetapi yang penting juga sikap pengundi terhadap calon di samping winnable party, winnable policy dan winnable strategy.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.